July 27, 2009

Bursa diramal cecah 1,165 mata

KUALA LUMPUR 26 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia diunjur meneruskan aliran yang menggalakkan dengan jangkaan yang kemelesetan global semakin pulih.
Para peniaga berkata, kegiatan kitaran yang sihat dan jumlah mudah tunai yang memberangsangkan kemungkinan menolak Indeks Komposit FBM KL (FBM KLCI) melepasi paras halangan 1,165.

Bagaimanapun, para pelabur mungkin terus memantau Wall Street untuk petunjuk sebelum melibatkan diri, kata mereka.

Untuk minggu baru berakhir, momentum belian aktif untuk saham mewah terutamanya kaunter berkaitan perladangan yang membentuk 30 peratus daripada komponen KLCI FBM memacu indeks pasaran utama mencapai paras tinggi baru iaitu 1,160.61 pada hari Rabu.
Kegiatan pengambilan untung yang sederhana, bagaimanapun, mengurangkan sedikit keuntungan untuk meletakkan indeks petunjuk pasaran pada 1,155.88 pada penutup Jumaat. Berdasarkan mingguan, KLCI FBM melonjak 34.98 mata.

Indeks Kewangan meningkat 276.53 mata kepada 9,413.32, Indeks Perladangan menokok 174.35 mata kepada 5,578.75 dan Indeks Perindustrian lebih tinggi 101.64 mata kepada 2,527.64.

Di kalangan siri-siri Indeks FTSE-BM, FMBEmas naik 231.99 mata kepada 7,782.77, Indeks FBMTOP 100 naik 223.48 mata kepada 7,576.71, Indeks FBM2BRD meningkat 168.42 mata kepada 5,010.79 dan Indeks FBM-MDQ 20.31 mata lebih tinggi pada 4,097.99.

Jumlah dagangan lega sedikit kepada 5.105 bilion saham daripada 5.310 bilion tetapi nilainya mengukuh kepada RM7.922 bilion daripada RM6.326 bilion.

Jumlah dagangan di Papan Utama turut merosot kepada 4.379 bilion daripada 4.480 bilion tetapi nilainya mengembang kepada RM7.698 bilion daripada RM7.107 bilion.

Jumlah dagangan di Papan Kedua pula menambah kepada 283.105 juta saham bernilai RM137.395 juta daripada 279.605 juta saham bernilai RM120.698 juta.

Jumlah dagangan di Mesdaq merosot kepada 191.997 juta saham bernilai RM34.574 juta daripada 338.957 juta saham bernilai RM58.670 juta sementara waran panggilan melonjak kepada 229.588 juta saham bernilai RM42.900 juta daripada 192.078 juta saham bernilai RM31.580 juta minggu lepas. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers