July 24, 2009

Jualan kenderaan separuh kedua lebih baik

PETALING JAYA 23 Julai - Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyemak semula unjuran jumlah keluaran industri (TIV) automotif kepada 500,000 buah bagi separuh kedua tahun ini berbanding 480,000 berikutan terdapat peningkatan keyakinan dalam pasaran.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, industri automotif tempatan bertambah pulih daripada kelembapan ekonomi dunia walaupun agak perlahan setelah didorong oleh peningkatan tempahan kenderaan.

Beliau berkata, pengajaran yang dipelajari daripada krisis kewangan Asia 1997 telah banyak membantu anggota MAA mengambil pendekatan proaktif dengan segera dan betul untuk menangani krisis semasa.

"Kami menjangka prestasi separuh kedua tahun ini baik berbanding separuh pertama kerana keyakinan pengguna telah kembali dan mereka lebih bersedia untuk melabur dalam kenderaan baru. Angka ini (unjuran yang disemak semula) adalah realistik dan mampu dicapai," tambah beliau.

Aishah berkata demikian selepas mengumumkan prestasi industri automotif tempatan bagi separuh pertama tahun ini, di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun jualan bagi separuh kedua biasanya menyaksikan aliran meningkat tetapi pihaknya mengunjurkan jualan sederhana dengan mengambil kira beberapa faktor.

"Lazimnya, pengguna akan menangguh atau menarik balik pembelian masing-masing pada bulan November atau Disember dan lebih gemar untuk menunggu tahun baru untuk membeli," ujarnya.

Berdasarkan laporan, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Malaysia, pengeluar automotif terbesar di ASEAN merekodkan TIV yang lebih rendah iaitu 9.7 peratus kepada 251,092 buah berbanding 277,973 buah, tempoh yang sama tahun lalu.

Kata Aishah, penyusutan jualan itu dipengaruhi oleh kenaikan dalam kadar faedah sewa beli pada April lalu dan juga kesukaran mendapat pembiayaan.

"Meskipun jualan terjejas tetapi pencapaiannya lebih baik berbanding unjuran sebelumnya yang meramalkan penurunan 12.4 peratus manakala prestasi jualan kenderaan jenama Honda, Nissan, Chery dan Mazda, misalnya, bertambah baik.

"Saya rasa pakej rangsangan telah meningkatkan keyakinan pengguna dan harga kompetitif kereta kebangsaan kami meningkatkan penguasaan pasaran serta pengenalan model-model baru daripada Nissan dan Honda," tambahnya.

Jualan kenderaan baru bagi Jun jatuh 7.7 peratus kepada 45,211 buah daripada 448,990 buah pada bulan yang sama tahun lepas

Bagi tempoh enam bulan tahun ini, TIV yang dicatatkan bersamaan dengan 52 peratus daripada unjuran asal MAA sebanyak 480,000 buah bagi tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengenalan model baru akan membantu mengekalkan minat pembelian daripada pengguna pada separuh kedua tahun ini.

Bagaimanapun, dengan kajian semula NAP, beliau berharap kerajaan seharusnya mempertimbangkan faktor bahawa Proton beroperasi tanpa rakan kongsi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers