July 30, 2009

Honda tingkat pengeluaran

HONDA Malaysia Sdn Bhd menjangka meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan kenderaannya kepada lebih 40,000 unit setahun menerusi pelaburan tambahan bagi mengoptimumkan operasi kilangnya di Taman Industri Hicom Pegoh, Melaka.

Pembantu Pengarah Urusan Jabatan Jualan dan Pasarannya (Bahagian Jualan), Go Suzuki, berkata ia sebahagian pelan pengembangan syarikat untuk memenuhi permintaan tinggi terhadap kenderaan Honda, khususnya model City dan Civic.

Katanya, syarikat menyalurkan pelaburan untuk membawa masuk mesin baru yang menambah kecekapan operasi kilang yang berkeluasan 32 hektar itu.

Beliau berkata, kali terakhir syarikat meningkatkan keupayaan kilang tahun lalu yang menyaksikan pertambahan kapasiti pengeluaran tahunan kepada 35,000 daripada 30,000 pada 2007.

“Pembeli perlu menunggu City dan Civic sehingga tiga bulan. Bagi menyelesaikan masalah ini kami perlu meningkatkan pengeluaran kilang dengan menambah pelaburan. “Kami mengenal pasti strategi terbaik meningkatkan pengeluaran lebih 40,000 setahun,” katanya selepas pelancaran kempen The Perfectionists - Presented Exclusively by Accord di One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Kempen diadakan sempena pengeluaran varian baru model Accord Generasi ke-8 iaitu Accord 2.0 VTi-L berwarna putih taffeta.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi, berkata syarikat yakin mencapai sasaran jualan 2009, 35,000 unit berikutan kejayaan mencapai hampir 60 peratus daripada sasaran berkenaan setakat ini.

Katanya, dengan jualan keseluruhan kenderaan 20,500 unit setakat ini, syarikat berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran 2009 menerusi jualan berbaki lima bulan lagi menjelang Disember.

Katanya, permintaan baik terhadap kenderaan Honda turut meningkatkan penguasaan pasaran syarikat 2.2 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. “Dalam tempoh itu, Honda Malaysia meningkatkan penguasaan pasaran kepada 8.2 peratus berbanding enam peratus dalam tempoh sama 2008.

“Walaupun ketika krisis ekonomi dunia yang mengakibatkan kejatuhan jualan kenderaan sehingga 9.7 peratus, syarikat kekal mencatatkan rekod jualan memberangsangkan dalam tempoh antara empat hingga enam bulan pertama tahun ini,” katanya.

Takahashi berkata, pengumuman Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini menjadi sebab Honda Malaysia yakin mengenai pertumbuhan jualan. MAA menyemak naik ramalan industrinya bagi tahun ini kepada 500,000 kenderaan daripada 480,000 sejajar keadaan ekonomi dan sentimen pengguna yang bertambah baik.

Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut mengenai model Accord 2.0 VTi-L, Suzuki berkata, kereta itu adalah model kebanggaan, justeru ia amat penting bagi syarikat. Model Accord 2.0 VTi-L adalah varian dipertingkatkan yang dilancarkan dengan rasminya pada 15 Julai lalu.

Ia dipasang dengan ciri tambah nilai dan gaya lebih baik seperti kemasan dalaman daripada kulit dan kawalan pemanduan pelbagai fungsi. Setakat ini, setakat ini 10,000 unit Accord Generasi kelapan dijual.

Honda Malaysia menetapkan sasaran menjual 6,000 unit kereta itu setahun.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers