July 30, 2009

Malaysia mahu contohi perladangan hutan NZ

KUALA LUMPUR 29 Julai - Kemajuan perladangan hutan di New Zealand boleh dicontohi Malaysia bagi memacu pembangunan sektor berkenaan, kata Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin.

New Zealand mempunyai kepakaran dalam penyelidikan berkaitan termasuk menentukan spesis yang boleh membesar dengan cepat, kata Hamzah yang kini berada di negara itu mengetuai delegasi negara bagi membincang kerjasama dalam industri perkayuan antara kedua-dua negara.

"Perbincangan bukan setakat di bilik persidangan kerana kami turut melawat ladang-ladang tanaman radiata pine untuk melihat cara pengurusan mereka dan banyak yang dapat kami pelajari," katanya melalui panggilan telefon, hari ini.

Malahan, dalam lawatan ke sebuah pusat penyelidikan yang turut menempatkan pelajar Malaysia, beliau begitu tertarik dengan penggunaan kayu radiata pine dalam pembinaan bangunan setinggi 20 tingkat.

"Kalau teknologi ini dapat kita gunakan, nilai kayu-kayan kita akan lebih tinggi," katanya.
Rombongan itu yang berlepas ke New Zealand pada 24 Julai lepas dan akan kembali ke tanah air hujung bulan ini terdiri daripada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wira Ismail Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Prof Madya Dr. Jalaluddin Harun, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dr. Mohd Akbar Md Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Forest Plantation Development Sdn. Bhd., Zaini Ithnin Rajak. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers