July 21, 2009

Mustapa ketuai misi perdagangan ke Australia

KUALA LUMPUR 20 Julai - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Australia bermula 2 hingga 4 Ogos, 2009.

Misi perdagangan itu dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bersempena dengan misi tersebut satu seminar mengenai 'Peluang Perniagaan di Malaysia' akan diadakan pada 3 Ogos, yang mana Mustapa akan mengetengahkan peluang perdagangan dan pelaburan di negara ini.

Pada taklimat media di sini, hari ini, seorang pegawai MIDA berkata, misi itu bertujuan menarik komuniti perniagaan Australia ke Malaysia dan meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

Mustapa juga akan memaklumkan perkembangan terkini ekonomi Malaysia kepada pelabur Australia seperti dasar liberalisasi dan kelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) serta kepimpinan baharu negara, katanya.

"Bagi meningkatkan lagi kerjasama perniagaan antara sektor swasta kedua-dua negara, pertemuan perniagaan juga akan diadakan selepas seminar tersebut," kata pegawai itu.

Antara pelabur berpotensi yang dijangka menghadiri seminar tersebut adalah daripada sektor bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, perniagaan pertanian, petrokimia, dan industri sokongan mesin dan kejuruteraan serta sektor penjagaan kesihatan, pendidikan, makanan dan minuman, kelengkapan telekomunikasi dan sektor perkhidmatan berkaitan pembuatan.

Delegasi yang dijangka seramai 40 orang itu terdiri daripada pegawai kanan kerajaan dan anggota sektor swasta.

Bagi yang berminat untuk menyertai misi tersebut boleh menghubungi MIDA di talian: 03-22676673 atau mendapatkan borang pendaftaran dalam talian di laman web www.mida.gov.my.
Menurut MIDA, Australia merupakan pelabur asing terbesar Malaysia dengan pelaburan modal sebanyak RM13.1 bilion tahun lepas, mewakili pelaburan tertinggi yang dicatatkan sejak lima tahun lalu.

"Pelaburan utama mereka adalah dalam logam asas, mesin dan kelengkapan pengangkutan, kertas dan penerbitan pencetakan dan produk plastik," kata pegawai itu.

Pelaburan asing dilulus tahun lepas berjumlah RM46.1 bilion, katanya.

Beliau berkata pelaburan Australia di Malaysia berjumlah AS$80.57 juta (RM286 juta) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan pelaburan tertumpu dalam sektor pembuatan terutamanya perkilangan elektronik dan elektrik dan makanan. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers