KEKUKUHAN pasaran luar negara minggu lalu didorong oleh Wall Street selepas lebih banyak syarikat kaunter mewah melaporkan prestasi kewangan lebih baik daripada jangkaan, memberi limpahan kepada prestasi pasaran tempatan.
Ia menyaksikan peningkatan ketara Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI), yang mengakhiri dagangan pada paras tertinggi baru dalam tempoh 11 bulan pada 1,120.90 mata, naik 53.14 mata atau lima peratus.
Kenaikan disumbangkan saham BCHB sebanyak 8.92 mata, Public Bank (+8.8), Maybank (+7.94) dan Axiata (+7.58). Saham berkenaan menyumbang lebih dua pertiga daripada kenaikan indeks tanda aras utama itu.
Purata urus niaga harian dan nilainya berkembang masing-masing kepada 1.06 bilion saham dan RM1.46 bilion berbanding purata 680.2 juta saham dan RM1 bilion minggu lalu.
Minggu lalu, pasaran saham mendapat limpahan sentimen positif faktor luar dan tempatan hingga membantu mencarta paras tertinggi baru tahun ini. Musim laporan pendapatan di Amerika Syarikat (AS) menjadi pemangkin utama apabila 30 daripada 40 syarikat S&P 500 melaporkan pendapatan melepasi jangkaan.
Laporan eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura dan China turut menyumbang kepada kekukuhan pasaran Asia. Di Malaysia, kita menyaksikan pemulihan minat terhadap kemudahan loji dan tangki penapisan minyak mentah di Yan, Kedah selain mendapatkan pembiayaan daripada pihak asing.
Tempoh pelaksanaan pantas dan maklumat berterusan penerokaan itu begitu menggalakkan dan perkembangan ini akan turut menentukan masa depan projek seumpama itu yang turut dicadangkan seperti di Manjung (Perak) dan di Melaka yang sedang melalui proses kajian daya saing, selain membuka laluan bagi projek ‘Trans Peninsula Pipeline’.
Minat dan pelaburan hiliran dan huluan bagi minyak akan terus menyediakan peluang kepada sektor perkhidmatan yang masih diniagakan pada paras diskaun berbanding nisbah harga pendapatan 2010 (9x berbanding 14x FBM KLCI).
Minggu ini, indeks keseluruhan mungkin memasuki fasa pengukuhan jangka pendek selepas kenaikan hebat minggu lalu. Hari ini, AS akan mengumumkan perangkaan utama bagi Jun yang dijangka meningkat 0.5 peratus, iaitu kenaikan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut.
Kaji selidik terhadap jualan rumah Indeks Keyakinan University of Michigan turut menghala kepada pemulihan ekonomi AS. Sementara itu, pada Rabu ini firma besar seperti Apple Inc, Coca-Cola Co dan McDonald’s Corp pula akan mengumumkan pendapatan sukuan masing-masing dan rata-rata meramalkan pengun-cupan 1.5 peratus dan ini menjurus kepada kebimbangan berlakunya deflasi.
Di Malaysia, menjelang September harga minyak akan diselaraskan lagi dengan bermulanya penjualan petrol RON 95. Di sebalik momentum terlebih belian bagi KLCI dalam jangka pendek yang memberi isyarat mungkin berlakunya kegiatan pengambilan untung, bacaan yang lebih positif terhadap petunjuk aliran mencadangkan sebarang kejatuhan disebabkan kegiatan itu adalah kecil kerana asas pasaran adalah positif.
Juga perhatikan, KLCI melepasi paras psikologi 1,098 mata. Perkembangan ini memberi isyarat potensi kenaikan kukuh jangka sederhana. Cuba membuat pengambilan untung atau mengurangkan pegangan bagi saham mewah seperti AMMB, Axiata, Gamuda dan Public Bank kerana kedudukan teknikal terlebih beli kini memungkinkan mereka mengambil untung.
Cuba mencari peluang pembelian pada harga rendah bagi saham berkaitan minyak dan gas seperti SapuraCrest, Scomi Group, Dialog, Kencana dan SAAG, untuk peluang kenaikan ketara dalam jangka sederhana.
Bagi potensi kenaikan, momentum belian kukuh berada dalam jajaran 1.5 bilion hingga dua bilion saham dan ini penting untuk mengekalkan momentum kenaikan ke paras dua rintangan utama tertinggi iaitu pada 1,153 mata dan 1,165 mata, yang dicatat pada 18 Julai dan 31 Julai tahun lalu. Bagi paras rintangan, perhatikan sokongan segera paras kukuh 1,095 mata, dengan paras sokongan terhampir pada 1,083 mata mata.
July 20, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com