July 24, 2009

68 memorandum jadi input sedia Bajet 2010

KEMENTERIAN Kewangan menerima 68 memorandum merangkumi pelbagai isu serta cadangan daripada pelbagai pihak yang akan dijadikan input dalam penyediaan Bajet 2010 yang dijangka dibentangkan pada 23 Oktober ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, berkata cadangan penting daripada memorandum berkenaan akan dibincangkan secara lebih terperinci dalam mesyuarat 18 kumpulan fokus.

Beliau berkata, ia meliputi perkara berkaitan pelaburan swasta, modal insan, bidang khusus dalam sektor perkhidmatan, pertanian, industri pembinaan dan perumahan, pengangkutan awam, keselamatan awam dan pengurangan kadar jenayah, pembangunan infrastruktur luar bandar serta alam sekitar

“Hasil daripada perbincangan mesyuarat kumpulan fokus itu akan dijadikan input dalam merangka Bajet 2010,” katanya pada pelancaran mesyuarat pertama kumpulan fokus Bajet 2010 di Putrajaya, semalam.

Mesyuarat pertama kumpulan fokus itu membincangkan langkah mengukuhkan peranan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Ia dihadiri wakil agensi kerajaan berkaitan dengan PKS selain beberapa dewan perniagaan dan persatuan berkaitan sektor itu.

Mesyuarat kumpulan fokus adalah tindakan susulan daripada perbincangan dalam Majlis Konsultasi Bajet pada 11 Jun lalu yang menyentuh isu transformasi ekonomi, merangsang pelaburan swasta, memperluas sumber hasil, menggalakkan pertumbuhan bidang khusus, memperkasa modal insan dan menangani masalah sosial.

Ahmad Husni berkata, mesyuarat pertama kumpulan fokus itu diharap dapat menghasilkan idea yang praktikal dan boleh dilaksanakan ke arah memaksimumkan potensi PKS supaya sumbangannya kepada ekonomi ditingkatkan, sama seperti keadaan di negara maju.

“Walaupun PKS merangkumi 99.2 peratus daripada jumlah perniagaan berdaftar di Malaysia dan menyumbang sebanyak 56.4 peratus kepada guna tenaga, ia hanya menyumbang sebanyak 32 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 19 peratus kepada jumlah eksport negara. “Justeru, wujud potensi lebih luas untuk meningkatkan sumbangan sektor PKS kepada ekonomi negara,” katanya.

Ahmad Husni juga berkata, penyediaan Bajet 2010 dijangka lebih mencabar memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menen-tu, sumber terhad serta kehendak rakyat yang semakin meningkat.

“Dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ditambah pula dengan harga komoditi rendah dan tidak menentu, kutipan hasil juga akan terjejas,” katanya. Keadaan itu, katanya, akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah tertentu ke arah meningkatkan kecekapan dan mutu perbelanjaan.

Beliau berkata, dalam penyediaan bajet tahun depan, kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi mengukuhkan daya tahan dan mengambil langkah mengembalikan ekonomi ke landasan pertumbuhan mapan. “Di samping memberi tumpuan kepada isu ekonomi, kerajaan juga akan memastikan keperluan rakyat, terutama golongan yang mudah terjejas, diberikan keutamaan,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers