KOTA KINABALU 21 Julai - Kawasan Pertumbuhan ASEAN-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), menimbang merangka draf rangka kerja bagi pembangunan perikanan bersama sebagai menyokong dasar yang menggesa pengurusan kawasan pembiakan tuna mampan di Coral Triangle.
Ini berikutan kebimbangan yang semakin meningkat akan isu global seperti perubahan iklim dan kesannya ke atas biodiversiti dan sumber marin.
Majlis Pembangunan Ekonomi Mindanao (MEDCo) dalam kenyataannya di sini, hari ini berkata, dengan bantuan Kerjasama Teknikal Jerman, draf awal memorandum perjanjian (MOA) yang disediakan oleh Kumpulan Kerja EAGA Filipina bagi perikanan, kini sedang disemak semula dan dimuktamadkan oleh negara anggota.
Cadangan rangka kerja itu dalam bentuk MOA akan mewujudkan konsep konsortium perikanan di kalangan pihak berkepentingan industri perikanan dalam BIMP-EAGA.
Cadangan konsortium itu dilihat sebagai forum yang memudahkan perbincangan isu mengenai pembangunan perikanan serta peluang seperti akses kepada teknologi, pasaran, pembiayaan, pembangunan keupayaan nelayan serta perkongsian awam-swasta.
Secara khususnya, MOA mencadangkan setiap negara memilih kawasan khas dalam perairan masing-masing di mana anggota konsortium boleh dibenar untuk beroperasi.
MOA itu dijangka mewujudkan aktiviti ekonomi bersama di kalangan industri perikanan BIMP-EAGA dalam kawasan perikanan bersama di rantau itu.
"Sudah sampai masanya sekarang untuk berganding bahu bersama-sama bagi pemuliharaan dan pengurusan mampan biodiversiti marin kita.
"Ini kerana generasi masa depan akan mendapat faedah besar daripada limpahan sumber ini," Pengerusi MEDCo, Virgilio Leyretana.
Leyretana berkata, koridor Sulu-Sulawesi telah dikenal pasti sebagai satu daripada keutamaan pembangunan dalam BIMP-EAGA, dengan kawasan pembiakan tuna dan perikanan yang besar ditemui di sana.
Kerjasama sub-serantau BIMP-EAGA yang digiatkan semula itu telah menjadi strategi utama bagi mempercepatkan pembangunan sosio ekonomi di Mindanao dan Palawan, sebagai kawasan tumpuan Filipina.
MEDCo memainkan peranan bersepadu sebagai Pejabat Penyelarasan Filipina (PCO).
Leyretana juga berkata, teras pembangunan perikanan menyokong Inisiatif Coral Triangle (CTI) yang menekankan kepentingan sumber marin dan pantai serta penduduk di Coral Triangle.
Coral Triangle merupakan tapak biodiversiti terbesar di dunia yang menjangkau Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Timor-Leste.
- Bernama
July 22, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com