July 21, 2009

Saham mewah rangsang pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, dirangsang oleh belian aktif dalam saham mewah terpilih terutama saham berkaitan kewangan. Pada penutup semalam, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) 18.35 mata lebih tinggi pada 1,139.25, paras tertinggi baru untuk tahun ini.

Ia dibuka pada 1,127.87, menokok 6.97 mata. “Belian aktif dilihat pada saham mewah kebanyakannya oleh dana tempatan sementara saham murah mula meningkat secara perlahan-lahan,” kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran dijangka meneruskan arah aliran menaik minggu ini, didorong oleh sentimen yang bertambah baik. “Terdapat beberapa aktiviti giliran yang sihat di pasaran dan juga kecairan yang banyak yang sekali gus menyediakan sentimen positif,” kata seorang peniaga.

Beliau berkata KLCI juga menjangka meneruskan momentum menaik dan kemungkinan mencecah paras 1,165 mata.

Indeks Kewangan mengukuh 123.92 mata kepada 9,260.71, Indeks Perladangan menambah 81.91 mata kepada 5,486.31 dan Indeks Perindustrian lebih tinggi 23.07 mata kepada 2,449.07. Indeks FBMEmas mengembang 127.19 mata kepada 7,677.97, Indeks FBM Top 100 naik 123.18 mata kepada 7,476.41, Indeks FBMMesdaq meningkat 4.79 mata kepada 4,082.47 dan Indeks FBM2BRD melonjak 55.36 mata kepada 4,897.73.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 484 berbalas 175 sementara 213 kaunter tidak berubah, 361 tidak diniagakan dan empat yang lain digantung. Jumlah dagangan menambah kepada 1.009 bilion saham bernilai RM1.591 bilion daripada 939.341 juta saham bernilai RM1.453 bilion Jumaat lalu.

Seorang lagi peniaga berkata, faktor lain seperti prestasi tinggi untuk sektor perumahan dan permit bangunan AS minggu lepas turut menyediakan rangsangan untuk pasaran tempatan. Mendahului saham aktif, KNM naik 1.5 sen kepada 84 sen, Damansara Realty turun lima sen kepada 19.5 sen, Axiata menambah 10 sen kepada RM2.96 dan Kinsteel meningkat lapan sen kepada 97.5 sen.

Di kalangan saham berwajaran berat, Sime Darby dan Maybank, masing-masing lebih tinggi 10 sen kepada RM7.55 dan RM6.20 sementara Tenaga menokok 25 sen kepada RM8.45 dan Telekom bertambah satu sen kepada RM2.98.

Jumlah dagangan di Papan Utama mengembang kepada 880.830 juta saham bernilai RM1.549 bilion berbanding 838.871 juta saham bernilai RM1.425 bilion Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua turut melonjak kepada 42.976 juta saham bernilai RM22.222 juta daripada 27.660 juta saham bernilai RM13.039 juta minggu lalu.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq bagaimanapun, merosot kepada 33.234 juta saham bernilai RM9.532 juta daripada 40.427 juta saham bernilai RM7.021 juta. Waran pula mengukuh kepada 48.455 juta unit bernilai RM9.514 juta daripada 35.221 juta bernilai RM7.334 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 37.147 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 185.837 juta, pembinaan 104.510 juta, urus niaga/perkhidmatan 239.667 juta, teknologi 5.978 juta, infrastruktur 25.345 juta, kewangan 58.354 juta, perhotelan 1.757 juta, hartanah 185.155 juta, perladangan 30.474 juta, perlombongan 914,100, REITs 5.606 juta dan dana tertutup 86,400. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers