July 29, 2009

FBM KLCI catat ketinggian baru

KUALA LUMPUR 28 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI), mencecah paras tertinggi baru hari ini manakala minat tertumpu kepada saham-saham berwajaran tinggi utama, khususnya saham-saham kewangan dan perladangan, kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, FBM KLCI meningkat 15.95 mata kepada paras tertinggi tahun ini pada 1,172.38, setelah dibuka 1.4 mata lebih tinggi pada 1,157.83. Ia menyaksikan tahap tertinggi dalam dagangan seharian ini pada 1,174.01.

Indeks kewangan melompat 105.14 mata kepada 9,512.77, Indeks Perladangan melonjak 141.78 mata kepada 5,687.94 manakala Indeks Perusahaan naik 19.63 mata kepada 2,565.82. Indeks FBMEmas mengukuh 103.69 mata kepada 7,905.20, FBM Top 100 menambah 100.83 kepada 7,689.37, Indeks FBMMesdaq menokok 29.66 mata kepada 4,150.32 dan Indeks FBM2BRD mara 32.09 mata kepada 5,236.25.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 492 berbanding 192 manakala 249 kaunter tidak berubah, 299 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.123 bilion saham bernilai RM1.633 bilion daripada 987.228 juta saham bernilai RM1.215 bilion semalam.

Teratas dalam senarai saham cergas ialah KNM yang susut sesen kepada 89.5 sen, Lion Corporation naik 2.5 sen kepada 52 sen, SAAG Consolidated turun setengah sen kepada 29.5 sen dan Genting meningkat 12 sen kepada RM3.

Jumlah dagangan di Papan Utama mengecil kepada 933.135 juta saham bernilai RM1.571 bilion daripada 987.228 juta saham bernilai RM1.215 bilion semalam. Di Papan Kedua jumlah dagangan merosot kepada 94.278 juta saham bernilai RM41.503 juta daripada 220.272 juta saham bernilai RM80.632 juta.

Pasaran Mesdaq mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 28.707 juta saham bernilai RM5.171 juta daripada 33.515 juta saham bernilai RM55.464 juta.

Waran bertambah kepada 60.233 juta unit bernilai RM12.716 juta daripada 30.311 juta unit bernilai RM66.130 juta sebelumnya.

Sektor barangan pengguna menguasai 54.241 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 226.592 juta, pembinaan 65.542 juta, perdagangan/perkhidmatan 324.814 juta, teknologi 14.346 juta, prasarana 26.424 juta, kewangan 80.917 juta, hotel 7.108 juta, harta 98.397 juta, perladangan 30.204 juta, perlombongan 197,000, REIT 4.093 juta dan dana tertutup 256,600.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers