July 24, 2009

Bursa Malaysia ditutup tinggi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam dengan minat tertumpu kepada saham mewah, terutama saham berkaitan perladangan yang sekali gus menempatkan petunjuk pasaran berada dalam wilayah positif.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) yang didorong oleh saham mewah terpilih, menokok 3.45 mata untuk ditutup pada 1,152.15. Ia dibuka 1.89 mata lebih rendah pada 1,146.81. FBM KLCI bergerak antara 1,142.93 dan 1,157.72 sepanjang hari urus niaga.

Peniaga berkata, walaupun indeks FBM KLCI memulakan urus niaga dengan bergerak rendah, ia kemudiannya berjaya meningkat menerusi aktiviti belian. Indeks Kewangan mengembang 22.33 mata kepada 9,356.21, Indeks Perladangan meningkat 24.43 mata kepada 5,626.43 dan Indeks Perindustrian melonjak 22.44 mata kepada 2,505.97.

Indeks FBMEmas lebih tinggi sebanyak 47 mata kepada 7,753.4, Indeks FBM 100 naik 39.13 mata kepada 7,554.23, Indeks FBMMesdaq memperoleh 36.56 mata kepada 4,065.34 dan Indeks FBM2BRD menambah 77.73 mata kepada 4,979.55.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 452 berbalas 176 sementara 217 kaunter tidak berubah, 389 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung. Jumlah dagangan susut kepada 1.035 bilion saham bernilai RM1.432 bilion dari-pada 1.111 bilion saham bernilai RM1.842 bilion kelmarin. Mendahului saham aktif, KNM menokok tiga sen kepada 86 sen, Lion Corp menambah 5.5 sen kepada

50 sen, Damansara Realty mengukuh dua sen kepada 21.5 sen dan Iris Corp lebih tinggi 1.5 sen kepada 18.5 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby mengembang 10 sen kepada RM7.90 dan Telekom naik satu sen kepada RM2.98 sementara Maybank ke- kal pada RM6.40 dan Tena- ga turun 20 sen kepada RM8.20.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 888.607 juta saham bernilai RM1.391 bilion daripada 930.844 juta saham bernilai RM1.788 bilion pada hari Rabu. Jumlah dagangan di Papan Kedua lega kepada 57.126 juta saham bernilai RM25.394 juta daripada 76.081 juta saham bernilai RM35.924 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di pa- saran Mesdaq mengukuh kepada 56.34 juta saham bernilai RM9.001 juta daripada 37.323 juta saham bernilai RM5.809 juta sebelumnya. Waran pula berkurangan kepada 29.608 juta unit bernilai RM5.544 juta daripada 61.699 juta unit ber- nilai RM10.375 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 49.458 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 266.866 juta, pembinaan 58.707 juta, urus niaga/perkhidmatan 228.402 juta, teknologi 76.013 juta, infrastruktur 19.253 juta, kewangan 66.243 juta, perhotelan 3.254 juta, hartanah 160.278 juta, perladangan 23.942 juta, perlombongan 346,500, REITs 4.212 juta dan dana tertutup 44,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers