July 1, 2009

ASN2 agih pendapatan 5.2 sen seunit

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.2 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Kadar berkenaan adalah sama dengan yang dibayar dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2007. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM11.67 juta yang memberi manfaat kepada 10,962 pemegang unit yang memegang keseluruhan 224.34 juta unit.

Katanya, berdasarkan nilai aset bersih ASN2 pada 29 Jun lalu iaitu RM0.963 seunit, kadar hasil pengagihan pendapatan diperoleh pemegang unit adalah 5.71 peratus. “Prestasi ASN2 banyak dipengaruhi pasaran saham dan ekonomi negara yang terjejas akibat krisis kewangan dan ekonomi global.

“Walaupun pasaran menunjukkan sedikit peningkatan kebelakangan ini, pemulihan sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia yang dijangka mula menunjukkan pemulihan pada separuh kedua 2009,” katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan ASN2, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Ahmad Sarji berkata, hingga 29 Jun 2009, ASN2 memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM10.81, yang mana RM6.69 juta atau 61.89 peratus disumbangkan oleh pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat pelaburan, jualan saham (RM2.31 juta/21.37 peratus) dan pelaburan jangka pendek (RM1.81 juta/16.74 peratus).

Katanya, pembayaran pengagihan pendapatan akan dilabur secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit, berdasarkan nilai aset bersih ASN2 pada 30 Jun 2009. Beliau berkata, pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di pejabat ASNB atau ejen di seluruh negara mulai hari ini apabila urus niaga ASN2 berjalan seperti biasa.

“Bagi pemegang unit yang melanggan unit ASN2 menerusi skim pelaburan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran dikreditkan ke dalam akaun pelaburan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Hamad Kama berkata, walaupun secara keseluruhannya prestasi ASN2 mampu membayar 9.73 peratus, namun hanya 5.2 peratus diperuntukkan kepada pemegang saham dan dana lebihan dibawa ke tahun kewangan depan sebagai persediaan masa depan.

ASN2 adalah dana pertumbuhan yang dilancarkan pada 1999 bermatlamat untuk memberi peluang kepada pemegang unit menikmati pulangan berpatutan pada tahap risiko yang bersesuaian menerusi portfolio pelaburan yang dipelbagaikan. Unit saham amanah itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia 18 tahun ke atas. Ia juga disenaraikan dalam Skim Pelaburan KWSP.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers