July 24, 2009

Pendekatan baru dikenalpasti

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan bermesyuarat pada Oktober ini untuk mengenal pasti pendekatan terbaik untuk meningkatkan usaha membangun dan mempromosikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed (gambar) berkata, langkah itu perlu sejajar dengan kedudukan PKS sebagai tulang belakang ekonomi.

Menurut beliau, antara agenda mesyuarat itu termasuk perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan polisi yang akan diperkenalkan bagi kemudahan aktiviti PKS.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Menteri-Menteri yang Bertanggungjawab ke Atas Perdagangan (MRT) yang diadakan di Singapura.

PKS merangkumi lebih 90 peratus daripada keseluruhan entiti perniagaan dalam ekonomi anggota APEC dan merangkumi hampir 30 peratus daripada urusan perniagaan.

MITI dalam kenyataannya berkata, Mustapa telah menekankan keperluan bagi ekonomi anggota untuk mengekalkan keterbukaan pasaran dan mengamalkan kekangan maksimum apabila mengambil langkah-langkah untuk menangani impak dari krisis ekonomi.

Sementara itu, mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh komitmen bagi tidak mengenakan halangan baru ke atas pelaburan atau perdagangan barangan dan perkhidmatan sehingga 2010 dan seterusnya sekiranya perlu.

''Menteri-menteri Perdagangan APEC juga membincangkan hala tuju untuk menyelesaikan beberapa isu utama dan langkah-langkah perlu untuk mempercepatkan dan memuktamadkan rundingan Pusingan Doha pada 2010.

''Menteri-menteri berpendapat bahawa memuktamadkan rundingan Pusingan Doha pada 2010 adalah cara paling efektif untuk menolak mekanisme perlindungan dan seterusnya memperkukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat dua hari itu juga bersetuju untuk memuktamadkan segera modaliti bagi Barangan Pertanian dan Barangan Perindustrian, selain penekanan kepada lain-lain perkara utama seperti Mekanisme Pelindungan Khas dan memajukan rundingan-rundingan selari dalam perkhidmatan, peraturan, kemudahan perdagangan dan isu-isu lain.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers