July 28, 2009

Industri farmaseutikal RM1.2 bilion

KUALA LUMPUR 27 Julai - Pertumbuhan industri farmaseutikal Malaysia dijangka melepasi RM1.2 bilion tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

"Selain itu, menjelang 2020, sektor bioteknologi dijangka mewujudkan 280,000 pekerjaan dan menyumbang sekurang-kurangnya lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia," kata beliau dalam ucaptama di Bengkel Sitometri ASEAN yang pertama di sini hari ini.

Ucapan menteri disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad.

Ongkili berkata, bengkel berkenaan, yang pertama dari siri-sirinya untuk rantau ASEAN, merupakan inisiatif terbaik untuk mengemaskinikan komuniti penyelidikan tempatan mengenai perkembangan terbaru dalam peralatan dan aplikasi bioteknologi.

"Bengkel ini merupakan program penanda dalam pembangunan teknik sitometri bagi penyelidikan dan pembangunan serta aplikasi klinikal.

"Inisiatif seumpama ini akan meningkatkan dan merancakkan usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi untuk industri kesihatan dan bioteknologi di Malaysia," tambah Ongkili.

Bengkel itu yang bermula hari ini hingga 31 Julai, akan menyaksikan pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan India berkongsi pengetahuan dengan 40 peserta dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura.

Ia dianjurkan bersama Stempeutics Research Malaysia Sdn. Bhd., Institut Penyelidikan Perubatan, Inno Bio Diagnostics Sdn. Bhd. dan Miller School of Medicine, University of Miami.
Objektif bengkel itu ialah untuk menemukan pakar dalam sitometri aliran dengan mereka yang berminat dengan sitometri aliran dan menggunakannya dalam amalan penyelidikan atau klinikal mereka.

Sitometri aliran merupakan antara peralatan paling berkuasa untuk penyelidikan dan aplikasi klinikal.

Sementara potensi sepenuhnya teknologi ini belum lagi difahami, aplikasinya terus berkembang dalam pelbagai bidang kesihatan, pertanian, marin, bioteknologi, sel stem, kanser, penyakit berjangkit dan banyak lagi.

Ia turut menyediakan platform untuk latihan, mendapatkan pengetahuan lanjutan dan perbincangan untuk aplikasi dan masalah serta idea-idea baru.

Bengkel ini dijangka memberikan para penyelidik Malaysia peluang untuk mewujudkan kerjasama penyelidikan dengan pakar dalam pelbagai bidang biologi.

"Adalah diharapkan yang bengkel ini akan membantu menjadikan Malaysia sebuah pusat serantau untuk rawatan dan terapi perubatan berasaskan sel berkualiti. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers