“Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita.
“Selain itu semua gambar bagi iklan dan risalah bagi cawangan ini juga akan dipastikan mengikut garis panduan ditetapkan terutama dari aspek etika berpakaian,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, semalam.
Ho berkata, selain di Kota Bharu, GCH Retail juga akan membuka sebuah lagi cawangan di Klang, Selangor menjelang hujung tahun ini. “Ini adalah cawangan pasar raya Giant yang ketiga di Klang,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pelaburan yang dibuat syarikat itu bagi pembukaan dua cawangan berkenaan. “Pembukaan cawangan di Kota Bharu dan Klang itu akan menjadikan keseluruhan rangkaian pasar raya Giant seluruh negara berjumlah 134 daripada 132 cawangan ketika ini,” katanya.
Pada sidang media semalam, Ho turut mengumumkan Giant akan melancarkan kempen harga subsidi ke atas 60 produk segar yang dijual di pasar raya itu mulai hari ini. “Mulai hari ini, secara purata harga barangan segar yang dijual di Giant seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, produk tenusu dan buah-buahan adalah antara 16 peratus hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran,” katanya.
Beliau berkata, matlamat utama program inisiatif khas itu adalah bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati barangan segar pada harga lebih murah. “Kami akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM3 juta sebulan bagi memberi subsidi ke atas harga 60 produk segar yang paling banyak digunakan rakyat Malaysia supaya harganya kekal murah,” katanya.
July 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com