July 17, 2009

Krisis ekonomi dunia semakin hampir pulih

LEBIH banyak angka tunjuk baru muncul semalam yang membayangkan bahawa krisis ekonomi dunia semakin hampir dengan pemulihan, sekali gus mengukuhkan jangkaan ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuhan positif pada separuh kedua tahun ini.

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu bagi tahun ini daripada penguncupan antara 1.3 peratus hingga 2.0 peratus yang dibuatnya pada Mei kepada 1.0 peratus hingga 1.5 peratus.

Bank pusat AS itu yakin negara yang menjadi punca kegawatan ekonomi semasa itu akan mencatatkan pertumbuhan lebih baik pada separuh kedua tahun ini bagi menampung penguncupan 5.5 peratus pada suku pertama lalu.

Tahun depan, ia mengunjurkan ekonomi AS akan berkembang antara 2.1 hingga 3.3 peratus, seterusnya meningkat kepada antara 3.8 hingga 4.6 peratus pada 2011. Kerajaan China juga semalam mengumumkan ekonomi negara itu berkembang 7.9 peratus pada suku kedua lalu, sekali gus membuka ruang kepada negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu untuk mencatat pertumbuhan ekonomi sekitar lapan peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding jangkaan penganalisis sekitar 7.5 peratus.

Mengulas perkembangan itu, Ahli Ekonomi Kanan AmResearch Sdn Bhd, Manokaran Mottain, berkata pertumbuhan luar jangkaan ekonomi China dan semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi AS itu akan memberi manfaat besar kepada eksport dan pelaburan Malaysia, justeru mengukuhkan jangkaan pemulihan ekonomi negara ini.

“Prestasi di luar jangkaan ekonomi China dan unjuran lebih baik ekonomi AS tentu memberi kesan amat positif kepada Malaysia khususnya dalam sektor eksport. “Apabila eksport meningkat, aktiviti pelaburan juga akan bertambah, justeru mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan perbelanjaan pengguna,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Katanya, sebuah lagi negara rakan perdagangan utama negara yang sudah mula menunjukkan petanda pemulihan adalah Singapura. Isnin lalu, Kementerian Perdagangan dan Industri republik itu mengunjurkan penguncupan ekonomi suku kedua sebanyak 3.7 peratus, pemulihan drastik daripada penguncupan 9.6 peratus pada suku pertama.

Susulan itu, Manokaran berkata, eksport Malaysia dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan positif seawal September ini, selepas mengalami penguncupan sejak Oktober tahun lalu. Ketua Penganalisis Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, pula berkata, pemulihan ekonomi China berpotensi meningkatkan eksport dan harga komoditi utama negara seperti sawit, minyak mentah dan getah.

“Tempoh kelembapan harga komoditi utama khususnya minyak sawit mungkin sudah berakhir dan harganya akan meningkat berikutan pertambahan permintaan dari China,” katanya. sambil menambah pemulihan ekonomi AS pula berpotensi merangsang eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) khususnya semikonduktor yang menyumbang kepada penurunan drastik keseluruhan eksport negara.

Sementara itu, penanda aras pasaran saham tempatan FTSE Bursa Malaysia KLCI terus mengukuh semalam dengan meningkat 11.64 mata untuk ditutup pada 1,108.88 mata selepas diniagakan pada paras tertinggi harian 1,120.41 mata.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers