SEBANYAK 302 atau 18.3 peratus daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dinilai di bawah Program Penambahbaikan Penarafan Kompetitif PKS (Score) mempunyai kemampuan mengeksport yang diperlukan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Berucap pada sesi dialog tahunan Miti dengan persatuan kebangsaan semalam, Mustapa berkata, syarikat itu disenaraikan dalam kategori tiga dan empat bintang dan akan dicadangkan kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk mengambil bahagian pada pelbagai misi perdagangan antarabangsa.
“Syarikat ini juga akan dihubungkan dengan syarikat multinasional dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) sebagai sebahagian daripada Program Hubungan Global dan Program Pembekal,” katanya.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec) telah menggunakan Score sejak Julai 2007 untuk melihat prestasi syarikat PKS dalam pengurusan, pengurusan operasi, penggunaan teknologi, inisiatif pensijilan, kewangan kemampuan pemasaran. Sehingga kini, kata Mustapa, 1,653 syarikat PKS telah dinilai berdasarkan kepada program Score itu.
Beliau berkata, 1,165 atau 70.5 peratus syarikat lagi adalah dalam kategori satu dan dua bintang manakala baki 156 tidak mencapai penarafan bintang. Bagi memudahkan akses pasaran dengan lebih baik, Matrade menyediakan Geran Pembangunan Pasaran kepada PKS Malaysia, katanya.
“Sehingga 31 Mei lalu, RM58.9 juta telah diluluskan, memberi manfaat kepada 3,120 PKS. “Di bawah Geran Penggalakkan Jenama, Matrade menyediakan bantuan kewangan kepada pengeksport Malaysia untuk membangunkan dan mempromosikan jenama Malaysia di pasaran antarabangsa, katanya. - Bernama
Setakat Mei lalu, RM136 juta diluluskan kepada 80 syarikat dengan PKS menguasai 46 peratus atau RM62.9 juta geran yang diluluskan. Sementara itu, Mustapa berkata, syarikat pengeksport tempatan masih belum mengeksploitasi potensi sepenuhnya manfaat Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Katanya, walaupun Miti dan agensinya telah melaksanakan pelbagai program jangkauan FTA, namun maklum balas daripada syarikat pengeksport masih belum menggalakkan. “Kami berharap meningkatkan lagi perundingan dengan persatuan perdagangan dan industri bagi meningkatkan eksport di bawah pelbagai FTA berkenaan,” katanya.
Mustapa berkata, walaupun eksport tahun ini merosot berbanding tahun lalu, namun syarikat tempatan sepatutnya tidak patah semangat tetapi menggunakannya sebagai peluang untuk mendapatkan pasaran baru atau menilai semula strategi perniagaan, selepas diambil kira
cabaran global.
Miti, katanya, telah menjadualkan satu siri misi perdagangan dan pelaburan yang mensasarkan pasaran strategik. Beliau berkata, bagi tahun ini 10 misi perdagangan dan pelaburan telah dirancang ke Eropah, Taiwan, Korea dan China, Eropah Barat, negara Asean, Australia, AS, Afrika Utara/Afrika Barat, Jepun dan India. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com