KELONGGARAN terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) secara komprehensif berkuat kuasa serta-merta, akan mengetengahkan lagi Malaysia antara negara yang berupaya bersaing secara kompetitif dengan China dan India, sebagai destinasi utama pilihan pelabur asing.
Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata jika kelonggaran itu tidak dilaksanakan dengan kadar segera, Malaysia boleh kehilangan daya tarikan di kalangan pelabur asing secara perlahan-lahan, sekali gus tewas dalam persaingan terbuka dengan negara lain.
“Jika kita tidak melonggarkan FIC, negara akan terus kehilangan ramai pelabur asing, kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk membuat pelaburan di tempat lain, khususnya India dan China,” katanya.
Ketua Eksekutif Maybank Investment Bank, Mohammed Rashdan Yusof, berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri itu bakal menghilangkan terus semua kekangan yang sebelum ini menjadi halangan utama kepada pelabur asing melabur di Malaysia.
“Justeru, saya amat yakin dengan pengumuman ini, ia akan membantu meningkatkan lagi Malaysia sebagai sebagai salah satu destinasi pelaburan terunggul di peringkat antarabangsa,” jelasnya.
Ketua Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata secara keseluruhannya, pengumuman itu dianggap amat positif kerana ia menandakan berlakunya reformasi utama dari segi pemilikan syarat ekuiti yang ditetapkan ke atas syarikat yang mahu menyenaraikan saham mereka di Malaysia.
“Menerusinya, ia memudahkan proses dan memberi kepastian kepada pelabur yang mahu melabur di negara ini dan syarikat yang mahu membuat penyenaraian dalam pasaran di negara ini,” katanya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pihaknya tidak bimbang dengan kelonggaran syarat pegangan pelaburan yang diberikan kepada syarikat pelabur asing yang boleh memiliki 100 peratus kepentingan.
“Setakat ini walaupun PNB terpaksa menanggung pelbagai risiko termasuk membolehkan pelabur membawa keluar atau masuk wang pada bila-bila masa, malah menerima pelaburan pada kadar paling rendah iaitu RM10 seorang, kami masih mampu menguruskan dana pelaburan dengan baik malah menjana pulangan yang sangat berdaya saing,” katanya.
July 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com