July 1, 2009

Pikom unjur jualan dalam talian raih RM260 juta

PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) mensasarkan jualan dalam talian bernilai RM260 juta dalam tempoh sebulan menerusi e-dagang sempena kempen jualan mega ‘Belian Dalam Talian’ yang bermula 20 Julai ini.

Kempen yang berlangsung sempena Bulan Industri Teknologi Maklumat dan Industri (ICT) Kebangsaan Pikom (NIM 2009) itu dijangka membabitkan lebih 200 pedagang dalam talian merangkumi peniaga serta pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Timbalan Pengerusi Pikom, Wei Chuan Beng, berkata penganjuran kempen membeli dalam talian itu bertujuan mempromosikan aktiviti e-dagang dalam negara.

“Menerusi kempen itu, pengguna akan ditawarkan diskaun bagi lebih 200 barangan, selain promosi harian dan mingguan menerusi laman web www.mybeli.com,” katanya pada taklimat media mengenai NIM 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, NIM 2009 yang berlangsung dari 20 Julai hingga 20 Ogos ini, bertujuan meningkatkan lagi kesedaran, permintaan dan menangani isu dan peluang dalam industri ICT negara. Katanya, NIM 2009 membabitkan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada perniagaan, kerajaan, akademik dan masyarakat di seluruh negara.

“Acara meliputi persidangan utama Sidang Kemuncak Kepimpinan Pikom, selain pameran seperti Pameran Perisian dan Perkhidmatan Pikom serta jualan PC,” katanya. Wei yang juga pengerusi penganjur NIM 2009 berkata, sepanjang tempoh itu, Pikom akan melancarkan kempen perintis e-sisa bagi mendidik pengguna mengenai kitar semula perkakasan elektrik dan elektronik.

Katanya, menerusi NIM 2009, persatuan akan menyiarkan penerbitan kajian pertama ‘Kajian Strategik ICT 2009/10: Inovasi, Usaha Ke hadapan’ bagi berkongsi unjuran sektor ICT Malaysia bersama anggota Pikom, pemimpin industri, agensi kerajaan, media dan orang ramai.

Sepanjang tempoh itu, Pikom menerusi cawangan wilayah utara, selatan, Sabah dan Sarawak, akan menganjurkan pelbagai seminar untuk membantu organisasi ICT dalam mendapatkan peluang dan menangani kebimbangan utama industri berkenaan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers