July 1, 2009

Rangsang pelaburan

Kerajaan longgar garis panduan FIC untuk tingkat daya saing negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mengumumkan beberapa pendekatan baru bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan dan pada masa yang sama menggalakkan pemilikan berkesan serta berkekalan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat.

Ia antara lain membabitkan kelonggaran terhadap Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) berkaitan pembelian kepentingan, penggabungan dan pengambilalihan; kegiatan meraih dana oleh syarikat senaraian awam serta pembelian hartanah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di sini, berkata berkuat kuasa serta merta kerajaan menghapuskan garis panduan FIC yang membabitkan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilalihan tanpa menggantikannya dengan peraturan baru.

Berikutan itu, beliau berkata FIC kini tidak lagi memproses urus niaga saham atau mengenakan sebarang syarat ekuiti ke atas urus niaga berkenaan. Bagaimanapun, katanya, bagi memastikan kepentingan negara dalam sektor strategik terus terpelihara, syarikat dalam sektor berkenaan masih lagi tertakluk kepada syarat ekuiti oleh badan kawal selia sektor masing-masing.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi meningkatkan daya saing Bursa Malaysia sebagai pusat penyenaraian syarikat, kerajaan memperkenalkan garis panduan penyenaraian yang baru.

Di bawah garis panduan baru itu, syarikat senaraian awam tidak lagi tertakluk kepada syarat pegangan ekuiti Bumiputera seperti yang ditetapkan FIC sebelum ini, sebaliknya hanya perlu menawarkan 50 peratus daripada jumlah 25 peratus saham tebaran awam kepada pelabur Bumiputera.

Perdana Menteri turut menjelaskan urus niaga hartanah hanya perlu mendapat kelulusan FIC jika ia membabitkan pengurangan kepentingan Bumiputera atau kerajaan bagi hartanah yang bernilai lebih RM20 juta.

Najib menegaskan, di sebalik langkah melonggarkan FIC itu yang dijangka akan meningkatkan dengan ketara kedudukan Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan dan melabur, kerajaan kekal komited dalam melonjakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.

Namun, katanya, kerajaan akan melaksanakan pendekatan baru yang memberi tumpuan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi secara lebih berkesan, bermakna dan berkekalan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.

Menjelaskan mengenai keperluan melaksanakan pendekatan baru itu, Perdana Menteri berkata, ketika FIC dibentuk pada 1974, ia adalah komponen utama strategi pertumbuhan dengan ekuiti, namun ia kini bukan lagi instrumen berkesan bagi tujuan berkenaan.

"Pada 1970-an, ekuiti Bumiputera adalah hanya 2.4 peratus. Berdasarkan jumlah kecil itu, maka adalah sesuai melaksanakan dasar sedemikian bagi menangani ketidakseimbangan. Ketika itu juga, adalah praktikal dilaksanakan susulan kekurangan persaingan bagi mendapatkan pelaburan.

"Bagaimanapun, kini dasar pelaburan itu telah mewujudkan ketidaktentuan dalam pembentukan peraturan dan tidak sejajar dengan amalan antarabangsa, justeru menjejaskan potensi pertumbuhan," katanya.

Najib juga menegaskan, FIC sebagai instrumen penyusunan semula dilihat kurang berkesan kerana peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera tidak berubah sejak 1990 hingga 2006 dengan masing-masing pada kadar 19.3 peratus dan 19.4 peratus.

Daripada RM54 bilion ekuiti yang diagihkan kepada Bumiputera di bawah FIC pula, hanya RM2 bilion kekal, manakala selebihnya dijual semula untuk memperoleh keuntungan segera. Perdana Menteri turut menegaskan walaupun berlaku perubahan dasar pelaburan, ia tidak bererti matlamat pertumbuhan dengan pengagihan dan sasaran 30 peratus pegangan Bumiputera berakhir.

"Yang berbeza adalah kita anggap ini sebagai sasaran makro bukan sasaran mikro. Kita masih komited untuk mencapai kewujudan negara yang mencerminkan keadilan sosial," katanya.

Selain kelonggaran dalam FIC, Perdana Menteri turut mengumumkan menaikkan had pegangan asing dalam syarikat broker saham dan segmen runcit pengurusan dana saham amanah kepada 70 peratus daripada 49 peratus ketika ini. Pemilikan asing dalam segmen runcit industri pengurusan dana pula dibuka bagi pegangan sehingga 100 peratus.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers