PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari memegang tampuk pentadbiran menunjukkan kerajaan mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat, demikian menurut Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).
“Program Najib itu memperlihatkan nilai teras yang diserap daripada konsep 1Malaysia dan membuktikan era baru dasar kerajaan yang lari daripada dasar perkauman untuk menjadi pendekatan lebih kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Semua pendekatan ini untuk mengurangkan beban semua peringkat ekonomi yang mana kelembapan adalah waktu yang paling sukar,” kata Presiden MAICCI, Datuk K K Eswaran, dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, penubuhan tabung amanah, Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit kini memberi prospek kepada semua rakyat Malaysia untuk berkongsi pertumbuhan ekonomi negara dan menikmati pulangan pelaburan yang memberangsangkan.
“Peruntukan skim Tekun untuk usahawan muda India dapat menangani pelbagai rungutan kekurangan sumber khas,” katanya. “Peruntukkan RM15 juta akan menjadi pemangkin untuk golongan muda India meneroka ke dalam bidang pertumbuhan khusus dalam sektor perniagaan,” katanya.
Eswaran menambah, diskaun 50 peratus bagi lesen dan diskaun tol akan memberi kesan yang besar terhadap peniaga India yang juga kumpulan besar komuniti perniagaan India. “Komuniti perdagangan dan perniagaan India Malaysia yakin kerajaan kepemimpinan Najib mengadakan dasar yang bukan hanya dapat meringankan beban kelembapan ekonomi semasa tetap juga bertindak sebagai pemangkin untuk ekonomi masa depan,” katanya. - Bernama
July 14, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com