July 14, 2009

Tempahan Toyota Prius mulai Ogos

UMW Toyota Motor Sdn Bhd akan mula membuka tempahan untuk kereta hibrid, Toyota Prius, apabila model itu serentak dengan pelancaran secara rasmi di pasaran tempatan bulan depan. Pengarah Eksekutif UMW Toyota, Aminar Rashid Salleh, berkata model yang akan dilancarkan itu adalah daripada generasi ketiga Toyota Prius dan pelancarannya adalah sebagai sebahagian komitmen syarikat itu untuk menjadi peneraju teknologi alam sekitar dalam industri automotif. Beliau berkata, Toyota Prius mempunyai rekod jualan yang baik dan begitu popular khususnya di Jepun sejak model pertama diperkenalkan sembilan tahun lalu.

“Setakat ini, kami belum tentukan sebarang sasaran jualan untuk model berkenaan dan model hibrid Toyota Prius ini adalah untuk pasaran khusus,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah penamat tahun satu program Toyota Eco Rangers (TER) di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Difahamkan kereta hibrid Toyota Prius yang akan dilancarkan itu menggunakan enjin 1.8 liter tetapi mempunyai keupayaan hampir sama dengan kenderaan berkuasa 2.4 liter. Aminar Rashid menjelaskan, setakat ini pihaknya masih belum menetapkan harga jualan bagi kereta terbabit.

Katanya, syarikat sedang berusaha meminta kerajaan menurunkan lagi duti eksais bagi kereta hibrid serta insentif lain kepada pengimport kereta sedemikian bagi membolehkan harganya dijual di paras yang lebih kompetitif.

“Kerajaan sudah menghapuskan duti import bagi kereta hibrid dan mengurangkan duti eksais 50 peratus bagi kereta hibrid yang diimport dalam Bajet 2009, tetapi kita harap ada lagi penurunan atau insentif lain supaya ia boleh dijual pada harga lebih kompetitif,” katanya.

Ditanya prestasi jualan kenderaan Toyota sekarang, Aminar Rashid berkata, ia mula menunjukkan peningkatan sejak dua bulan kebelakangan ini sejajar peningkatan angka jualan keseluruhan kenderaan (TIV) di pasaran tempatan, tetapi tidak ada angka sebenar jumlah peningkatan itu.

Katanya, bahagian kenderaan pramilik syarikat itu, Topmark Sdn Bhd juga menunjukkan prestasi menggalakkan dan UMW Toyota juga berhasrat menggandakan rangkaian berkenaan kepada 14 cawangan dalam tempoh lima tahun, termasuk pembukaan cawangan di Malaysia Timur.

“Kedai pertama TopMark dibuka di Petaling Jaya pada 2000 dan kini mempunyai tujuh cawangan semuanya di Semenanjung,” katanya. Sementara itu, sempena penyampaian anugerah penamat tahun satu program TER semalam, semua 22 sekolah yang mengambil bahagian dalam program itu menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.

Bagi kategori juara keseluruhan, pemenangnya SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya menerima hadiah wang tunai RM3,000 manakala pemenang kedua dan ketiga iaitu SMK Putrajaya dan SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur, masing-masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000. Turut menerima hadiah ialah pemenang bagi kategori penanam pokok terbaik, amalan dan penjagaan alam sekitar terbaik serta laporan terbaik. Hadiah bagi pemenang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers