SURUHANJAYA Sekuriti (SC) akan menjemput syarikat asing yang sebelum ini bercadang menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia tetapi gagal mematuhi syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera di bawah garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) untuk mengemukakan semula permohonan masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata SC akan bertindak secara proaktif bagi mendapatkan semula syarikat berkenaan untuk diberikan kelulusan segera. “Kita akan menghubungi semula syarikat berkenaan dan memaklumkan mereka mengenai dasar terbaru kerajaan mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera.
“Kerajaan yakin dapat menarik semula syarikat berkenaan kerana pasaran modal kita kini menjadi lebih telus. Kita sudah mempunyai segala-galanya untuk menarik mereka,” katanya pada sidang media sempena Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Nor Mohamed berkata, keputusan mengkaji semula peranan dan fungsi FIC akan membolehkan Malaysia terus berdaya saing dan mewujudkan pasaran modal yang lebih cergas khususnya dalam konteks model ekonomi baru yang menjurus kepada pendekatan pertumbuhan ekonomi ke arah pengagihan kekayaan.
“Apabila dasar berhubung dengan pemilikan ekuiti Bumiputera itu dihapuskan pelabur asing kini lebih yakin dengan pasaran modal kita. Soal ketidaktentuan telah berjaya dihapuskan dan kita mempunyai rejim yang lebih telus sekarang dalam soal pasaran modal ini.
“Sebelum ini pelabur enggan datang,” katanya yang yakin langkah itu akan menarik kemasukan pelaburan ke negara ini. “Sudah pasti, langkah ini akan mampu membawa masuk wang ke dalam pasaran modal kita,” katanya.
Mengenai pemilihan syarikat yang akan diletakkan di bawah program pelaburan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) yang akan ditubuhkan, Nor Mohamed menegaskan hanya syarikat yang benar-benar berpotensi dan berjaya akan dipilih. “Seperti dijelaskan Perdana Menteri, pemilihan adalah berdasarkan meritokrasi,” katanya.
July 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com