KUALA LUMPUR 16 Julai - Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) meminta Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) kembali semula kepada tempoh simpanan percuma lima hari memandangkan keadaan ekonomi suram sekarang.
ACCIM dalam memorandumnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, keputusan LPK untuk mengurangkan tempoh simpanan percuma daripada lima hari kepada tiga hari di Pelabuhan Klang berkuat kuasa 1 Januari, tahun ini, telah menimbulkan kebimbangan di kalangan semua pihak berkaitan.
ACCCIM berkata, selain dewan itu, pengguna pelabuhan lain juga membantah langkah mengurangkan tempoh simpanan percuma kontena di pelabuhan itu.
Dalam satu surat kepada ACCCIM bertarikh 16 Mac tahun ini, LPK telah memaklumkan kepada dewan itu bahawa pengurangan tempoh simpanan percuma dari lima hari kepada tiga hari di Pelabuhan Klang telah diwartakan oleh Menteri Pengangkutan.
Dalam surat itu, LPK juga menyatakan komuniti perkapalan antarabangsa telah dimaklumkan bahawa Pelabuhan Klang telah mengurangkan tempoh simpanan percuma berkuat kuasa 1 Januari, tahun ini.
Bagaimanapun, memandangkan kegawatan ekonomi sekarang, LPK menasihatkan terminal Northport dan juga Westport di Pelabuhan Klang untuk memberi pengecualian kepada kontena yang berada di pelabuhan itu bagi tempoh lebih daripada tiga hari yang dibenarkan, kata ACCCIM.
ACCCIM berkata, walaupun ia menyokong hasrat LPK untuk meningkatkan keseluruhan kecekapan terminal, namun pengimport dan pengeksport "perlu diberikan keanjalan bagi memenuhi komitmen mereka berdasarkan kepada ketersediaan perkhidmatan pelabuhan sedia ada." - Bernama
July 17, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com