KUALA LUMPUR 12 Julai - Pengeluaran Minyak Sawit Mentah (MSM) meningkat 3.63 peratus kepada 1.446 juta tan bulan lepas berbanding 1.395 juta tan pada Mei, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
MPOB dalam kenyataannya di sini berkata, pengeluaran isi rong sawit meningkat sedikit kepada 353,356 tan pada Jun berbanding 351,527 tan pada Mei, namun minyak isi rong sawit mentah berkurangan kepada 162,723 tan berbanding 162,809 tan manakala dedak sawit turun kepada 179,846 tan berbanding 180,371 tan.
Menurut MPOB, stok MSM berkurangan sebanyak 3,606 tan kepada 720,928 tan pada Jun berbanding 724,534 tan pada Mei, namun stok minyak sawit yang diproses meningkat 5.86 peratus kepada 684,572 tan berbanding 646,704 tan pada bulan sebelumnya.
Jumlah stok minyak sawit meningkat 2.5 peratus kepada 1.406 juta tan pada Jun berbanding 1.371 juta tan pada Mei.
Sementara itu, eksport minyak sawit meningkat 3.13 peratus kepada 1.269 juta tan bulan lepas berbanding 1.23 juta tan sebelumnya, namun susut 21.45 peratus kepada 82,956 tan berbanding 105,605 tan pada Mei.
Import MSM pada Jun berkurangan 9.02 peratus kepada 82,581 tan daripada 90,765 tan pada Mei dan import minyak sawit yang diproses menjunam 82.12 peratus kepada 4,277 tan berbanding 23,916 tan.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com