July 1, 2009

Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam ekoran kegiatan pengambilan untung yang sederhana selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran ke atas garis panduan pelaburan.

Peniaga berkata, walaupun langkah itu memberi manfaat kepada semua termasuk pelabur global dan Bumiputera, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya. Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur susut 0.6 mata untuk ditutup pada 1,075.24, diheret turun oleh kerugian, kebanyakannya dalam saham berwajaran tinggi seperti Sime Darby.

Indeks itu, yang dibuka 2.4 mata lebih tinggi pada 1,078.24, bergerak antara 1,070.88 dan
1,082.74 sepanjang hari urus niaga. Indeks Perladangan menokok 15.89 mata kepada 5,386.87, Indeks Kewangan menambah 6.68 mata kepada 8,555.72 dan Indeks Perindustrian mengukuh 2.21 mata kepada 2,351.86. Indeks FBMEmas lebih rendah sebanyak 11.92 mata kepada 7,206.83 dan Indeks FBM2BRD kehilangan 36.67 mata kepada 4,754.51.

Indeks FBM30 naik 3.14 mata kepada 6,910.01 dan Indeks FBMMesdaq meningkat 1.31 mata kepada 4,096.3. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 371 berbalas 232, sementara 231 kaunter tidak berubah, 391 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan lebih tinggi kepada 1.288 bilion saham bernilai RM1.363 bilion daripada 877.335 juta saham bernilai RM998.192 juta kelmarin. Di kalangan saham aktif, Time Engineering lega dua sen kepada 30.5 sen, Talam Corp dan KNM, kedua-duanya mengembang setengah sen kepada 11.5 sen dan 84 sen sementara Time DotCom turun tiga sen kepada 41 sen.
Saham berwajaran tinggi, Sime Darby merosot 10 sen kepada RM6.95, Maybank menambah lima sen kepada RM5.90 sementara Tenaga dan Bumiputra-Commerce, masing-masing susut lima sen kepada RM7.65 dan RM9.05.

Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.133 bilion unit bernilai RM1.307 bilion daripada 768.939 juta unit bernilai RM962.887 kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 96.568 juta saham bernilai RM42.908 juta daripada 43.143 juta saham bernilai RM16.607 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 36.641 juta unit bernilai RM6.621 juta daripada 25.203 juta unit bernilai RM4.223 juta kelmarin. Waran pula lebih tinggi kepada 15.753 juta unit bernilai RM3.155 juta daripada 15.608 juta unit bernilai RM2.404 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 34.195 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 160.045 juta, pembinaan 81.868 juta, urus niaga/perkhidmatan 393.623 juta, teknologi 7.848 juta, infrastruktur 73.324 juta, kewangan 50.529 juta, perhotelan 2.235 juta, hartanah 303.027 juta, perladangan 24.939 juta, perlombongan 20,200, REIT 816,400 dan dana tertutup 103,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers