June 22, 2009

Tiga syarikat penerbangan Indonesia minat ke LTM

LAPANGAN Terbang Melaka (LTM) di Batu Berendam yang sedang dinaikkan taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, menerima suntikan baru apabila tiga syarikat penerbangan Indonesia menyatakan minat mengadakan perkhidmatan ke situ tahun depan.

Tiga syarikat penerbangan itu iaitu Garuda Airlines, Adam Air dan Merpati Air menyatakan minat itu dalam pertemuan mereka dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, minggu lalu.

Mengesahkan perkembangan itu, Mohd Ali menyifatkannya sebagai satu petanda positif menjadikan LTM sebagai lapangan terbang kesihatan pelancongan paling unggul di negara ini, setanding dengan di Bayern Munich, German.

"Mereka menyatakan minat mengadakan perkhidmatan penerbangan ke sini selepas melihat proses transformasi LTM dan meminta kerajaan Melaka memberi sokongan bagi mendapat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan.

"Kita tidak ada halangan, dan saya sendiri sudah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh untuk menyatakan sokongan itu, selaras dengan usaha kita menjadikan LTM sebagai lapangan terbang pelancongan kesihatan utama negara ini," katanya sebelum berlepas ke Pekan Baru, Riau di terminal LTM, minggu lalu.

AirAsia dan Firefly sebelum ini adalah antara dua syarikat penerbangan yang sudah pun menyatakan persetujuan untuk mengadakan perkhidmatan di LTM.

Ketika ini, ada sebuah syarikat penerbangan dari Indonesia iaitu Riau Airlines mengadakan perkhidmatan setiap hari ke lapangan terbang berkenaan. Syarikat penerbangan tambang murah, Airasia dijadual memulakan perkhidmatan pada November ini sebaik kerja memanjangkan landasan dengan kos RM62 juta siap, manakala Firefly, milik Penerbangan Malaysia pada awal September ini.

Fasa pertama kerja menaik taraf LTM termasuk pembinaan terminal dan menara baru, dengan kos dianggarkan RM130 juta disiapkan bulan lalu. Mohd Ali juga berharap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan membina replika terminal lama LTM jika memutuskan merobohkan bangunan asal.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers