June 23, 2009

Syarikat insurans perlu modal penampan kukuh

SYARIKAT insurans perlu memastikan ia mempunyai modal penampan kukuh dan pengurusan risiko kredit yang baik untuk bertahan dalam pasaran yang mencabar berikutan krisis kewangan global.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim, berkata krisis kewangan semasa akan memberi kesan berbeza ke atas syarikat insurans tetapi impak ke atas syarikat insurans hayat adalah lebih ketara.

“Kesan ini akan datang daripada pelbagai saluran, dan yang paling jelas adalah yang disebabkan oleh berkurangnya pendapatan boleh belanja pengguna yang akan memberi kesan terhadap permintaan insurans dan menjejaskan prestasi pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan tahunan Isu Strategik Loma/Limra di Kuala Lumpur, semalam. Persidangan anjuran Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam) itu bertajuk ‘Ekonomi Global Baru: Ketahanan Dalam Waktu Mencabar’ dan bertujuan mendedahkan pengamal industri insurans kepada aliran dan perkembangan terbaru dalam bidang pemasaran, pengedaran dan pengurusan korporat industri berkenaan. Turut hadir, Presiden Liam, Md Adnan Md Zain.

Muhammad berkata, keutamaan itu perlu diberikan penekanan memandangkan terdapat kekurangan dalam standard permodalan antarabangsa, selain kurangnya tumpuan dalam aspek risiko pasaran kewangan di peringkat global.

Katanya, dalam aspek pengurusan risiko berasaskan modal Malaysia telah mewujudkan kerangka bagi tujuan itu yang mula diguna pakai pada 1 Januari lalu. “Manfaat penting yang dijangka diperoleh daripadanya adalah dari segi pembaharuan amalan pengurusan risiko di kalangan syarikat insurans dalam jangka panjang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, industri insurans di negara ini telah melalui proses transformasi tersendiri bagi memastikan ia mempunyai asas kukuh dan menjadi lebih kukuh serta berdaya saing untuk menyokong agenda pembangunan ekonomi negara.

“Menjelang akhir tahun ini pula, Bank Negara akan berunding dengan pihak industri mengenai standard pengurusan risiko yang akan menjadi salah satu daripada evolusi ini,” katanya. Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Limra, Loma & LL Global Inc, Robert A Kerzner, berkata Asia kini menjadi pasaran baru berpotensi yang menyediakan peluang besar kepada syarikat insurans hayat dari Barat meneroka peluang yang terbuka luas untuk bertapak di rantau ini.

Katanya, pasaran besar yang tersedia di rantau ini berikutan peningkatan bilangan golongan tua sejajar pertambahan jangka hayat orang Asia. “Justeru, tersedia peluang yang besar bagi syarikat insurans berkenaan menawarkan produk insurans khusus bagi tujuan persaraan,” katanya.

Kerzner berkata, kebanyakan penduduk Asia juga tidak menyimpan secukupnya bagi tujuan persaraan dan disebabkan itu, syarikat insurans boleh menembusi pasaran di rantau ini dalam penyediaan pelan persaraan lebih tersusun. “Atas sebab itu, produk sedemikian boleh ditawarkan syarikat insurans dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Eropah di rantau ini,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers