VANTECH Dockyard (M) Sdn Bhd melabur sejumlah RM4.8 bilion bagi membina kemudahan limbungan automatik sepenuhnya di Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim, Tanjung Agas, Pekan.
Pengarah Urusannya, Azlan Sidol, berkata limbungan itu yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2013 bakal dilengkapi limbungan fabrikasi dan kejuruteraan serba canggih, baik pulih dan selenggaraan pelantar pesisiran luar pantai serta pembinaan kapal.
Katanya, projek berkenaan akan dilaksanakan secara bersama dengan dua syarikat gergasi Korea Selatan, iaitu Daewoo sebagai rakan kongsi utama dan Handong yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk limbungan.
“Pembinaan limbungan ini akan bermula tahun depan dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim, Tanjung Agas, Pekan, Sabtu lalu.
Perasmian itu disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Azlan menambah, sebaik beroperasi kelak, syarikat mampu menyediakan kira-kira 8,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan luar.
“Kami berharap ia dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, terutama masyarakat di Pekan,” katanya. Beliau berkata, syarikat sudah menerima pertanyaan daripada negara luar yang berminat termasuk daripada Eropah, Asia Barat dan negara jiran.
“Malah, untuk lima tahun pertama, syarikat sudah menerima tempahan awal bagi pembinaan lapan kapal dengan kontrak bernilai kira-kira RM7 bilion,” katanya. Azlan berkata, Vantech Dockyard mempunyai kepakaran dan kemudahan untuk membina kapal besar bermuatan lebih 100,000 tan, terutama kapal tangki pengangkut Cecair Gas Asli (LNG).
Selain itu, katanya, syarikat juga membuka tawaran untuk membina kapal lain termasuk kapal perang jenis peronda jika mendapat permintaan daripada pelanggan. “Limbungan ini apabila siap sepenuhnya mampu mengendalikan 100 kapal setahun,” katanya sambil menambah, syarikat berhasrat menjalin kerjasama dengan universiti di Korea bagi menubuhkan akademi perkapalan di Tanjung Agas untuk membawa teknologi pembinaan kapal ke negara ini.
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com