BANK Pembangunan Malaysia Bhd buat pertama kali mencatatkan keuntungan bersih melepasi paras RM1 bilion dalam sejarah 35 tahun penubuhannya, apabila meraih keuntungan bersih RM1.07 bilion tahun lalu.
Prestasi kukuh itu disumbangkan peningkatan pendapatan operasi dan bukan operasi, pengurangan ke atas perbelanjaan dan peruntukan yang lebih rendah ke atas pinjaman tidak berbayar (NPL).
“Pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi yang diperkenalkan tahun lalu telah memastikan pengurusan perbelanjaan secara optimum bagi menghasilkan keuntungan operasi lebih tinggi,” kata bank itu dalam kenyataannya mengumumkan semalam.
Mengikut kenyataan itu, pendapatan faedah bersihnya tahun lalu meningkat RM236 juta kepada RM677.3 juta daripada RM441.4 juta pada 2007 disebabkan penerimaan hasil pendapatan lebih tinggi daripada pemulihan hutang.
Pendapatan bukan faedah turut meningkat daripada RM134.5 juta pada 2007 kepada RM510.6 juta yang diperoleh daripada pengasingan dengan SME Bank. Bank itu berkata, pengenalan langkah proaktif bagi mengukuhkan kualiti aset termasuk kajian semula tahunan dan klasifikasi ‘senarai perhatian’ terhadap pinjaman yang gagal dijelaskan turut membantu meningkatkan keuntungannya tahun lalu.
Bagi mengurangkan peruntukan ke atas NPL, Bank Pembangunan mengetatkan proses kelulusan ke atas permohonan pinjaman baru dengan mengetepikan permohonan tidak berdaya maju dan tidak produktif menyebabkan pengurangan dalam jumlah kelulusan pinjamannya tahun lalu.
“Perubahan terhadap pengurusan kredit itu memberi kesan positif apabila bank ini berjaya mengurangkan kadar NPL bersih kepada 0.8 peratus pada 31 Disember lalu walaupun portfolio pinjaman menurun 2.7 peratus.
“Nisbah NPL pada 0.8 peratus itu adalah penurunan daripada dua peratus tahun sebelumnya dan lebih rendah berbanding 2.2 peratus purata industri,” katanya. Tahun lalu, Bank Pembangunan meluluskan 24 pinjaman berjumlah RM2.6 bilion bagi membiayai pelbagai projek infrastruktur, maritim dan teknologi tinggi berbanding pinjaman berjumlah RM4.7 bilion membabitkan 67 pinjaman pada 2007.
Pengeluaran pinjaman bagaimanapun kekal pada RM2.1 bilion, manakala pembayaran balik termasuk prapembayaran pula berjumlah RM655.5 juta yang mana sebahagian besarnya adalah ke atas akaun NPL.
Bank Pembangunan berkata, kedudukan modalnya setakat akhir tahun lalu adalah antara yang paling kukuh dalam industri perbankan tempatan. “Dana pemegang saham bank ini meningkat kepada RM965.3 juta pada 2008 menjadikan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) adalah 28.3 peratus berbanding purata sistem perbankan pada 12.7 peratus. “Kualiti aset pula terus mengukuh kepada RM205.6 juta berikutan penurunan jumlah NPL,” katanya.
June 30, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com