June 29, 2009

MAS syarikat penerbangan terbaik tahun ketiga

PENERBANGAN Malaysia (MAS) dipilih sebagai syarikat penerbangan terbaik untuk tahun ketiga berturut-turut pada Anugerah Tahunan KLIA di Sepang, malam kelmarin. AirAsia memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik, manakala AirAsia Indonesia dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan Asing Terbaik.

Bagi kategori kargo, MasKargo memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik, manakala Korean Air meraih Anugerah Syarikat Penerbangan Asing Terbaik.

Anugerah KLIA itu yang dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), memberi pengiktirafan 15 kategori berbeza kepada syarikat penerbangan dan penyedia perkhidmatan yang beroperasi di KLIA.

Pemenang menerima anugerah sama ada berdasarkan kepada pergerakan penumpang, pertumbuhan kukuh, prestasi jualan yang baik, pengiktirafan antarabangsa serta prestasi perkhidmatan, yang semuanya berdasarkan kepada prestasi 2008.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew. Hadir sama, pengerusi MAHB Tan Sri Dr Aris Othman dan Pengarah Urusan, Tan Sri Bashir Ahmad.

Mengulas mengenai anugerah berkenaan, Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Kewangan MAS, Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata: "Kami gembira memenangi anugerah ini.

Kami memenangi anugerah ini sejak beberapa tahun lalu. “Sudah tentu MAS dan MAHB mempunyai hubungan simbiotik. Lapangan terbang tidak wujud tanpa syarikat penerbangan dan syarikat penerbangan tidak akan wujud tanpa lapangan terbang," katanya selepas menerima anugerah itu bagi pihak MAS.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers