June 27, 2009

CIMB IB menang 7 Anugerah Liga RAM

KUALA LUMPUR 26 Jun - CIMB Investment Bank Bhd. (CIMB IB) menang besar dalam Anugerah Liga RAM 2009 dengan memenangi tujuh daripada 12 kategori yang dipertandingkan.
Bank pelaburan itu mendahului senarai pemenang bagi kategori kepimpinan pengurusan untuk bilangan urus janji.

Tempat kedua untuk kategori yang sama dimiliki AmInvestment Bank Bhd. (AmInvestment) dan ketiga Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dan RHB Investment Bank Bhd. (RHB IB).

Kategori kepimpinan pengurusan untuk nilai terbitan pula dimenangi oleh Maybank IB diikuti CIMB IB dan RHB IB.

CIMB IB sekali lagi dipilih sebagai penerima anugerah kepimpinan pengurusan Islamik untuk bilangan urus janji, tempat kedua dirangkul oleh AmInvestment bersama-sama RHB IB manakala ketiga, Maybank IB.

Pada majlis itu CIMB IB juga memenangi tiga kategori lain iaitu kepimpinan pengurusan Islam untuk nilaian terbitan, kecemerlangan khas bagi kepimpinan pengurusan terunggul Malaysia 2008 dan pasaran bon korporat.

Kategori lain, CIMB IB dan HSBC Bank Malaysia Bhd. dipilih sebagai pemenang bersama untuk pengurus utama bagi kategori peneraju urus janji pembiayaan projek baru dan bersama Citibank Bhd. memenangi pengurus utama peneraju urus janji pembiayaan berstruktur baru.

Pengerusi RAM Holdings Bhd, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, liga berkenaan melambangkan pertumbuhan bagi pasaran modal hutang tempatan yang menampilkan peneraju bagi industri ini.

Katanya, ia membantu mengukuhkan kedudukan RAM selaku penggalak bagi pendidikan pasaran secara berterusan dan melangkaui sebarang halangan inovasi.

"Evolusi pasaran yang berkembang pesat bermakna sebarang pencapaian yang dianggap sebagai satu inovasi tiga tahun lalu kini hanya merupakan sesuatu yang lazim, jadi kita perlu sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan itu,'' katanya sewaktu berucap dalam Majlis Anugerah Liga RAM 2009 di sini hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Pegawai Eksekutif RAM Ratings, Liza Mohd. Noor berkata, anugerah ini meraikan pencapaian institusi kewangan dan syarikat korporat Malaysia dalam usaha mempertingkatkan tahap kecemerlangan dan memacu pasaran bon tempatan.

''Mereka kini merupakan saingan kepada kesemua peserta dalam pasaran ini, melambangkan pencapaian kecemerlangan dan kebijaksanaan yang membanggakan," ujarnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers