June 23, 2009

Program ECEC pelaburan terbaik

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIApengarang@utusan.com.my

Rosmah Mansor berbual dengan tetamu yang menghadiri majlis Persidangan Pemikiran Antarabangsa (ICOT) Ke-14 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Jun - Program Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECEC) merupakan pelaburan terbaik bagi aspek pertumbuhan ekonomi dan masa depan negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ECEC yang dikembangkan melalui Pusat Permata Negara mampu mengurangkan kadar kemiskinan sekali gus dapat membentuk modal insan berkualiti bermula dari perkembangan awal kanak-kanak.

"Faedah jangka pendek dan panjang bagi program ECEC ini amat baik dan akan memberi impak besar kepada negara terutama dalam aspek pertumbuhan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Pembangunan Modal Insan Bermula Dengan Kanak-Kanak" sempena Persidangan Pemikiran Antarabangsa (ICOT) Ke-14 di sini hari ini.

Rosmah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Dasar Permata Negara berkata, terdapat bukti kukuh bahawa lima tahun pertama pembesaran amat kritikal bagi pembangunan, prestasi dan kejayaan seseorang kanak-kanak.

"Justeru, ini adalah peluang yang tidak patut kita lepaskan atau kita akan kehilangan potensi modal insan yang paling berharga kepada negara," katanya.

Katanya, ECEC merupakan konsep yang terbukti akan menentukan arah tuju hidup seseorang kanak-kanak setelah ia dewasa kelak.

Bagaimanapun, Rosmah berkata, adalah amat malang kerana masyarakat masih menganggap pendidikan pada peringkat ini tidak perlu diberi perhatian kritikal berbanding tahap pendidikan yang lebih tinggi.

"Sebagai ibu, saya sedar bahawa sebelum ini kita telah banyak kehilangan peluang besar dalam menyediakan penjagaan dan pendidikan berkualiti kepada anak-anak kita yang berusia di bawah lima tahun.

"Jadi ini adalah asas kepada kewujudan program Permata Negara. Kita berazam untuk merapatkan jurang pembangunan, pendidikan dan penjagaan peringkat awal kanak-kanak secara bersistematik," katanya.

Menurut Rosmah, kerajaan dan masyarakat juga perlu memberi perhatian serius terhadap ECEC memandangkan era globalisasi pada hari ini akan memberi kesan besar kepada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.

"Maka kita perlu mewujudkan kerjasama paling maksimum di dalam masyarakat mulai sekarang bagi membangunkan sepenuhnya potensi anak-anak kita terutama dalam aspek intelektual, budaya dan spiritual mereka," katanya.

Katanya, fokus yang mendalam terhadap program ECEC adalah penting untuk Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan seiring dengan konsep 1Malaysia yang dianjurkan kerajaan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers