DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), menerusi biro korporatnya, akan menganjurkan satu misi perniagaan ke wilayah Jawa Tengah, Indonesia selama lima hari bermula esok hingga Ahad ini.
Misi perdagangan berkenaan akan melawat tiga bandar utama di wilayah berkenaan iaitu Solo, Ponorogo dan Yogjakarta untuk mengadakan pertemuan perniagaan dan mencari peluang perniagaan baru di sana.
Biro korporat DPIM dianggotai oleh 42 syarikat, termasuk lapan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia antaranya QSR Holdings Bhd, KFC Holdings Bhd, Puncak Niaga Holdings Bhd, Johor Land Bhd dan Damansara Realty Bhd.
Naib Pengerusi Biro Korporat DPIM, Mohamad Sahar Mat Din, berkata 10 syarikat akan menyertai misi perniagaan terbabit untuk meninjau peluang perniagaan dalam pelbagai bidang seperti hartanah, perladangan, penjagaan kesihatan dan perkayuan.
Katanya, misi itu turut disertai Kulim (M) Bhd, KPJ Healthcare Bhd dan Sindora Bhd. “Kami sudah mengatur pertemuan perniagaan dengan badan sejawat di bandar terbabit iaitu Kamar Dagang Kota Solo dan Kamar Dagang Kota Surakarta,” katanya pada taklimat media mengenai misi perniagaan DPIM ke wilayah Jawa Tengah di Kuala Lumpur, semalam.
Mohamad Sahar berkata, pertemuan itu memberi peluang delegasi dari Malaysia mengadakan padanan perniagaan dengan syarikat dari republik terbabit dalam pelbagai sektor. “Pada masa sama, misi ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara kedua-dua negara ketika terdapat pelbagai isu yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia baru-baru ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, DPIM memilih untuk mengadakan misi ke wilayah berkenaan kerana Jawa Tengah memiliki banyak peluang untuk diteroka, terutama ke bandar Solo juga bandar keempat terbesar di Indonesia.
Mohamad Sahar yang juga Pengarah Urusan Bulatan Mekar Sdn Bhd berkata, beliau sendiri pernah melawat bandar berkenaan sebanyak dua kali sebelum ini dan mendapati kota Solo sedang pesat membangun dengan pelbagai peluang perniagaan yang boleh diteroka syarikat tempatan.
“Malah, laluan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Solo setiap hari ketika ini memudahkan urusan perjalanan antara kedua-dua negara,” katanya. Selain misi perniagaan, beliau berkata DPIM turut melawat sekolah pondok terkenal di Indonesia iaitu Pesantren Moden Gontor Darussalam untuk melihat model pendidikan menengah di situ yang menekankan aspek keusahawanan sebagai salah satu kurikulumnya.
“Mereka mempunyai industri sendiri di dalam sekolah yang mendedahkan pelajarnya kepada keusahawanan dengan bersaing sendiri dalam pasaran sebenar, sesuatu yang tidak dapat kita pelajari di sini,” katanya.
Beliau berkata, DPIM merancang untuk mengadakan misi serupa ke negara serantau dan Australian bagi meninjau peluang perniagaan baru kepada ahlinya, terutama dalam sektor halal. DPIM yang ditubuhkan pada 1993, kini dianggotai oleh kira-kira 50,000 ahli di seluruh negara dan mempunyai pejabat cawangan di semua negeri.
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com