June 25, 2009

AirAsia hapus caj pentadbiran tiket hingga RM43

AIRASIA Bhd menghapuskan caj pentadbiran bagi tiket penerbangannya, AirAsia X serta syarikat sekutunya, AirAsia Thailand dan AirAsia Indonesia berkuatkuasa semalam dalam usaha menarik lebih ramai penumpang di tengah-tengah kelembapan ekonomi semasa.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata penghapusan caj pentadbiran antara RM22 hingga RM43 itu akan menyebabkan syarikat penerbangan tambang murah itu kehilangan pendapatan antara RM300 juta hingga RM400 juta setahun, tetapi ia akan diseimbangkan peningkatan jumlah penumpang kerana harga tambang kini menjadi lebih murah.

“Penghapusan caj pentadbiran ini dijangka meningkatkan bilangan mereka yang menggunakan perkhidmatan AirAsia terutama ketika keadaan ekonomi masih tidak menentu dan orang ramai bimbang mengembara,” katanya pada majlis mengumumkan penghapusan caj perkhidmatan itu di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar; Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani dan Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan. Tony berkata, beliau yakin langkah terbaru AirAsia itu tidak akan menjejaskan keuntungannya kerana ia akan disokong pendapatan tambahan daripada perniagaan lain kumpulan seperti jualan makanan dan barang dalam pesawat serta perniagaan perhotelan.

“Kami mampu mencatatkan keuntungan RM220 juta pada suku pertama lalu apabila menghapuskan surcaj bahan api dan yakin situasi serupa akan berulang apabila kami menghapuskan caj pentadbiran ini,” katanya.

Tony berkata, penghapusan caj pentadbiran itu bermakna harga tiket yang dibeli di www.airasia.com selepas ini adalah harga penuh setelah dicampur dengan bayaran ke atas cukai lapangan terbang.

Beliau menegaskan, syarikat penerbangan itu sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos operasi bagi memastikan ia dapat menawarkan harga tambang yang kompetitif termasuk menggantikan penggunaan pesawat Boeing 737 kepada jenis Airbus yang lebih menjimatkan minyak.

“AirAsia kini dalam proses menggantikan pesawat jenis Boeing 737 yang mana hujung minggu ini kami akan menjual 16 pesawat jenis itu untuk digantikan dengan pesawat jenis Airbus,” katanya. Bagaimanapun, katanya, cukai lapangan terbang yang tinggi menyebabkan harga tiket yang dibayar penumpang masih mahal.

“Kalau boleh biarlah tiada langsung cukai lapangan terbang ini terutama di LCCT. Pengurus lapangan terbang masih boleh mendapatkan pendapatan daripada punca lain seperti bayaran letak kereta dan sewaan lot runcit,” katanya.

Sementara itu, sempena pengumuman penghapusan caj pentadbiran itu, AirAsia melancarkan kempen harga tiket promosi peringkat serantau bagi tempahan yang dibuka mulai semalam hingga Ahad ini untuk penerbangan mulai 1 Oktober 2009 hingga 30 April 2010.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers