June 25, 2009

AmInvestment yakin potensi dana baru

AMINVESTMENT Group Bhd, cabang pengurusan dana Kumpulan AmBank yakin dengan kemampuan dana patuh Syariah dilindungi modal terbarunya, AmRecovery Income - Capital Protected, iaitu dana amanah keempat yang dilancarkan tahun ini.

Ketua Eksekutif Bahagian Pengurusan Dana AmInvestment, Datin Maznah Mahbob, berkata dana berkenaan yang disasarkan untuk menyediakan perlindungan modal 100 peratus kepada pelabur dijangka mencatat langganan bernilai RM100 juta dalam tempoh 30 hari tawarannya.

Beliau berkata, dana itu yang didedahkan kepada Kontrak Wakalah dikaitkan dengan saham patuh Syariah dijangka menjejaki prestasi memberangsangkan 44 dana amanah yang dilancarkan kumpulan itu sebelum ini.

“Setakat ini, hanya satu daripada 44 dana amanah yang diuruskan kumpulan mencatat pulangan negatif, manakala sepanjang enam bulan lalu semua dana amanah kumpulan mencatat prestasi memberangsangkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan AmRecovery Income - Capital Protected di Kuala Lumpur, semalam.

Maznah berkata, AmInvestment akan melancarkan sekurang-kurangnya enam lagi produk tahun ini, dengan separuh daripadanya dana amanah patuh Syariah.

“Bersandarkan prestasi semasa tiga dana yang telah dilancarkan tahun ini, kami menjangka barisan produk baru yang bakal kami lancarkan akan mendapat sambutan,” katanya. Mengenai AmRecovery Income - Capital Protected, Maznah berkata, dana itu akan dilaburkan dalam instrumen deposit daripada institusi kewangan patuh Syariah selama tiga setengah tahun bagi melindungi modal pelabur.

Katanya, dana berkenaan disasarkan untuk menjana pendapatan dengan melabur sehingga 10 peratus dalam Kontrak Wakalah dikaitkan kepada prestasi portfolio saham patuh Syariah global yang diharap dapat memberikan pendapatan separuh tahunan 3.25 peratus untuk tujuh semester.

“Kami membangunkan dana ini untuk mengambil peluang daripada potensi pemulihan pasaran ekuiti global, pada masa sama melin-dungi pelabur daripada ketidaktentuan pasaran dengan menawarkan 100 peratus perlindungan modal ketika pelaburan dipegang sehingga matang,” katanya.

Beliau menjelaskan, dana itu akan dilaburkan dalam kumpulan saham global yang akan meraih manfaat daripada pakej rangsangan global, terutama syarikat dalam sektor tenaga bersih, pembinaan, infrastruktur, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

AmRecovery Income - Capital Protected mempunyai saiz dana dibenarkan sebanyak 200 juta unit pada harga RM1 seunit itu ditawarkan daripada 22 Jun lalu hingga 21 Julai ini dengan pelaburan minimum RM5,000.

Dana itu dijual di seluruh saluran pengedaran kumpulan AmBank dan Penasihat Dana Amanah Institusi (IUTA) kumpulan perbankan itu termasuk EON Bank, Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank, Kuwait Finance House, Philip Mutual dan Standard Chartered Bank.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers