June 25, 2009

Prius generasi ketiga di pasaran Malaysia Ogos

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) akan melancarkan kereta hibrid generasi ketiganya, Toyota Prius, untuk pasaran tempatan pertengahan Ogos ini, sebagai sebahagian komitmennya menjadi peneraju teknologi alam sekitar dalam industri automotif.

Presidennya, Kuah Kock Heng, berkata pelancarannya di pasaran negara ini dibuat susulan sambutan menggalakkan terhadap model itu selepas dilancarkan di Jepun bulan lalu. Beliau berkata, kereta hibrid Toyota Prius yang akan dilancarkan itu menggunakan enjin 1.8 liter tetapi mempunyai keupayaan hampir sama dengan kenderaan berkuasa 2.4 liter.

“Kereta hibrid Toyota Prius generasi ketiga semakin popular di Jepun dan saya difahamkan lebih 180,000 unit sudah ditempah sejak dilancarkan bulan lalu,” katanya kepada pemberita di Kuantan, semalam.

Mengenai harganya, Kuah berkata, ia berbeza daripada kereta hibrid lain seperti Honda Civic Hybrid 1.3L yang dijual pada harga RM129,980 selepas kerajaan menghapuskan duti import bagi kereta hibrid dan mengurangkan duti eksais 50 peratus bagi kereta hibrid yang diimport dalam Bajet 2009.

Justeru, beliau berkata, UMW meminta kerajaan menurunkan lagi duti eksais bagi kereta hibrid serta insentif lain kepada pengimport kereta sedemikian bagi membolehkan harganya dijual di paras yang lebih kompetitif.

“Kita yakin kereta hibrid Toyota Prius ini mempunyai potensi besar dijual di pasaran domestik kerana bilangan mereka yang semakin prihatin mengenai alam sekitar semakin bertambah setiap tahun.

“Kereta ini juga mempunyai rekod yang baik dan sudah dijual lebih sejuta unit di seluruh dunia selepas model pertama diperkenalkan sembilan tahun lalu,” katanya. Kuah berkata, Toyota Prius generasi ketiga itu adalah kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) dan tarikh tempahan akan diumumkan bulan depan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers