June 26, 2009

Nilai 50 jenama utama susut

NILAI 50 jenama utama Malaysia tahun lalu susut 5.8 peratus kepada RM61 bilion berbanding 2007 berikutan kelembapan ekonomi global, menurut kajian Brand Finance Plc, agensi perunding penilaian jenama antarabangsa.

Petronas menerajui senarai 50 jenama utama Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut dengan nilai portfolio jenama RM10.7 bilion, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini diikuti Genting dengan nilai RM4.11 bilion, Tenaga Nasional Bhd (RM3.49 bilion), Maxis Communications Bhd (RM3.355 bilion), YTL Corporation Bhd (RM3.27 bilion), Sime Darby Bhd (RM3.259 bilion), Malayan Banking Bhd (RM2.98 bilion), Telekom Malaysia Bhd (RM2.02 bilion), IOI Group (RM2 bilion) dan Resorts World Bhd (RM1.908 bilion).

Ketua Eksekutif Brand Finance, David Haigh, berkata 10 syarikat terbabit mewakili 61 peratus daripada nilai jenama utama di Malaysia tahun lalu, meningkat 56 peratus berbanding 2007.

Berikutan penurunan nilai 50 jenama utama itu, beliau menasihatkan syarikat tempatan supaya mengenal pasti nilai jenama masing-masing secara kuantiti dan bersedia untuk meningkatkannya, selain memperuntukkan pelaburan bagi usaha berkenaan.

“Lakukan dengan sempurna kerana apabila pasaran kembali pulih, anda akan mendapat ganjarannya.

“Syarikat mempunyai banyak wang boleh mengambil jalan singkat dengan meningkatkan nilai jenama masing-masing menerusi pengambilalihan syarikat asing yang mempunyai sinergi dengan perniagaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengumumkan laporan kajian 50 Jenama Utama Malaysia 2008 dan penyampaian anugerah kepada 10 syarikat teratas dalam senarai berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdaus Bujang. Akhbar New Straits Times (NST) adalah penaja utama kajian berkenaan yang dilaksanakan bersama oleh Brand Finance dan Ova Spiral Effect Sdn Bhd, syarikat perunding jenama tempatan.

Haigh menjelaskan, pengiraan nilai portfolio jenama itu dibuat berdasarkan kepada royalti pelepasan, dengan mengandaikan jika syarikat tidak memiliki jenama sendiri, berapa yang perlu dibayar untuk melesenkan jenama berkenaan daripada pihak ketiga.

Katanya, nilai jenama itu ditunjukkan sebagai penjimatan royalti selepas cukai, diskaun untuk mewakili nilai yang mencerminkan risiko yang wajar dan jangkaan kadar pertumbuhan atau penurunan masa depan dalam penjimatan royalti.

Pada majlis itu juga, AirAsia Bhd yang menduduki senarai ke-27 Jenama Utama Malaysia, diumumkan sebagai syarikat Jenama Terbaik Malaysia 2008. Penilaian itu berdasarkan inisiatif syarikat berkenaan untuk memperkenalkan laluan baru, selain meneruskan kempen penawaran tiket percuma, di sebalik suasana perniagaan yang sukar berikutan tekanan ekonomi global.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers