June 30, 2009

TM runding pembekal khidmat pukal jalur lebar

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) sedang giat berunding dengan 13 syarikat pembekal perkhidmatan yang berpotensi menjadi pelanggan pukal rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang dilancarkan baru-baru ini. Pengarah Program Projek HSBB TM, Ahmad Azhar Yahya, berkata syarikat yang terbabit merangkumi pelbagai sektor termasuk penyedia kandungan, mudah alih dan wimax.

“Berbeza dengan perkhidmatan runcit, bagi menawarkan perkhidmatan pukal kami perlu terbabit dengan mereka, faham keperluan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan kerana biasanya ia ditempah bersesuaian dengan keperluan perniagaan dan ini akan mengambil sedikit masa.

“Saya tidak dapat memaklumkan bila janji niaga terbabit akan dimuktamadkan tetapi kami dalam rundingan serius dengan mereka,” katanya pada majlis memulakan kerja fizikal infrastruktur akses HSBB di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; dan Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Mei lalu TM memeterai perjanjian penjualan pukal HSBB pertama dengan Wi-Net Technology Sdn Bhd bernilai RM250 juta. Pada Mac lalu ia mengumumkan terma dan syarat bagi perkhidmatan pukal HSBB untuk semua pembekal berlesen.

Mengenai bida TM bagi mendapatkan spektrum transmisi televisyen digital yang dijangka dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada suku ketiga tahun ini, Ahmad Azhar berkata, bidaan spektrum UHF 470-742 megahertz itu penting untuk meningkatkan pembabitan kumpulan itu secara serius dalam perniagaan televisyen digital di Malaysia.

Zamzamzairani berkata, TM sudah memulakan kerja fizikal pelaksanaan infrastruktur akses HSBB di 22 kawasan ibu sawat di seluruh negara yang termasuk dalam peringkat awal penyediaan perkhidmatan HSBB.

Beliau berkata, penyediaan perkhidmatan di kawasan Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Subang Jaya dan Shah Alam dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada akhir 2009. HSBB, katanya akan memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia, yang mana ia dijangka meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 0.6 peratus dan mewujudkan 100,000 pekerjaan menjelang 2017.

“TM mensasar dapat menyediakan perkhidmatan HSBB runcit secara komersial untuk pengguna dan perniagaan pada separuh pertama 2010.” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers