June 27, 2009

Bursa kukuh di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 26 Jun - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi hari ini dengan pasaran menampung semula kerugian awalnya, dirangsang oleh keuntungan di beberapa saham mewah terpilih, kata para peniaga.

Bagaimanapun, beberapa kegiatan pengambilan untung telah mengecilkan perolehan secara keseluruhannya dengan para pelabur mengambil peluang mengumpul keuntungan menjelang hujung minggu.

Indeks Komposit meningkat 1.66 mata kepada 1,075.77. Indeks Perindustrian naik 4.31 mata kepada 2,346.57, Indeks Teknologi menokok 0.05 mata kepada 14.44, Indeks Perladangan susut 2.17 mata kepada 5,396 dan Indeks Kewangan lebih rendah 4.68 mata kepada 8,523.17.
Indeks FBMEmas meningkat 12.82 mata kepada 7,211.46, Indeks FBM30 menambah 14.95 mata kepada 6,905.91, Indeks FBM2BRD menokok 3.08 mata kepada 4,798.8 dan Indeks FBMMesdaq berkurangan 8.64 mata kepada 4,116.97.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 323 berbalas 293, sementara 234 kaunter tidak berubah, 376 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 1.203 bilion saham bernilai RM1.247 bilion daripada 1.493 bilion saham bernilai RM1.522 bilion semalam.

Di kalangan saham aktif, KNM Group turun 1.5 sen kepada 86.5 sen sementara UEM Land mengukuh tujuh sen kepada RM1.63.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 1.054 bilion saham bernilai RM1.205 bilion daripada 1.290 bilion saham bernilai RM1.45 bilion semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua lebih rendah kepada 83.017 juta saham bernilai RM30.659 juta daripada 107.524 juta unit bernilai RM43.429 juta semalam.

Jumlah dagangan di pasaran Mesdaq susut kepada 42.527 juta saham bernilai RM6.849 juta daripada 55.251 juta saham bernilai RM10.939 juta semalam.

Waran-waran pula lebih rendah kepada 20.326 juta unit bernilai RM3.070 juta daripada 31.084 juta unit bernilai RM5.043 juta semalam.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 56.41 juta saham yang diniagakan di papan utama, produk perindustrian 252.82 juta, pembinaan 85.09 juta, urus niaga/perkhidmatan 358.4 juta, teknologi 5.969 juta, infrastruktur 41.276 juta, kewangan 40.5 juta, perhotelan 2.48 juta, hartanah 190.6 juta, perladangan 19.3 juta, perlombongan 78,000, REIT 1.16 juta dan dana tertutup 129,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers