June 24, 2009

EKONOMI Had minimum ladang getah sejuta hektar

KERAJAAN menetapkan keluasan minimum sejuta hektar bagi penanaman getah di negara ini bagi menjamin hasil pengeluarannya yang berkekalan serta kestabilan harganya. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok (gambar), berkata penetapan keluasan minimum bagi keseluruhan kawasan penanaman getah negara itu perlu untuk memastikan Malaysia terus menjadi antara pengeluar utama getah dunia, selain memastikan keluasan ladangnya tidak berkurangan.

Katanya, kebelakangan ini ada kecenderungan di kalangan pemilik estet dan pekebun kecil getah beralih ke tanaman lain dan memilih tidak menanam semula.

Beliau berkata, tindakan sedemikian bukan saja mengurangkan jumlah keluasan tanah bagi
penanaman getah, tetapi juga boleh menjejaskan usaha kerajaan membangunkan lagi tanaman dan industri berkenaan.

“Usaha juga giat dilakukan bagi menghasilkan klon baru yang mampu mengeluarkan susu getah dengan lebih banyak, selain melaksanakan usaha penanaman semula getah sebanyak 20,000 hektar setiap tahun,” katanya selepas merasmikan Persidangan Ekonomi Getah Kebangsaan 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Tan Sri Megat Zaharudin Megat Mohd Noor dan Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr Kamarul Baharain Basir.

Menurut Laporan Getah Malaysia 2009, kawasan yang ditanam getah merosot kepada 1.25 juta hektar tahun lalu daripada 1.43 juta hektar pada 2000. Ketika ini jumlah keluasan keseluruhan tanaman getah di negara ini ialah 1.2 juta hektar dengan kira-kira 61,000 hektar adalah estet milik syarikat, manakala selebihnya dimiliki pekebun kecil.

Terdahulu dalam ucapannya, Dompok berkata, di sebalik kelembapan ekonomi dunia ekoran krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat pada suku terakhir tahun lalu, industri getah Malaysia masih mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan eksportnya meningkat 7.9 peratus kepada RM29.13 bilion.

“Saya yakin, industri getah Malaysia akan terus memainkan peranan utama dalam ekonomi negara yang mana menjelang 2020 pendapatan daripada industri getah negara dijangka meningkat lebih RM50 bilion,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers