June 24, 2009

Taman Halal Selangor beroperasi tidak lama lagi

SHAH ALAM 23 Jun - Taman Halal Selangor di Pulau Indah, Pelabuhan Klang akan beroperasi tidak lama lagi apabila pengusaha dan pelabur memulakan operasi mereka di lot komersial taman tersebut.

Ketua Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Datuk Mhd. Jabar Ahmad Kembali berkata, langkah positif itu akan dijalankan sebaik sahaja agensi yang berkaitan dalam bidang pelaburan meluluskan insentif yang bakal ditawarkan kepada mereka.

Katanya, setakat ini semua agensi terbabit seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) sedang dalam peringkat akhir perbincangan mengenai insentif yang boleh ditawarkan kepada para pelabur yang bakal beroperasi di kawasan itu yang dijangka dicapai dalam tempoh enam bulan lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah pelabur yang akan memulakan operasi mereka di kawasan itu.

"Kebanyakan pengusaha ini sedang dalam peringkat perancangan untuk memulakan pembinaan mereka.

"Cuma kita sedang menunggu mereka mendapat insentif daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pembangunan Taman Halal Selangor, Pulau Indah di sini hari ini.

Tambah Mhd Jabar, dalam mesyuarat itu SSIC turut menyuarakan harapan supaya kerajaan persekutuan melalui agensi terbabit mempercepatkan perlaksanaan Projek Taman Halal Selangor bagi menggalakkan sektor pelaburan di negeri ini.

Katanya, sudah ada beberapa syarikat yang mahu membina kilang masing-masing di Taman Halal Selangor, tetapi mereka masih menunggu jenis insentif yang akan mereka terima dari HDC manakala syarikat lain masih dalam perancangan untuk menyediakan pelan operasi.

"Selepas insentif diputuskan kerajaan, kita akan melihat beberapa syarikat memulakan pembangunan di sini," katanya.

Jelas beliau, antara insentif yang akan ditawarkan bakal ditentukan HDC termasuk kemudahan pengecualian dalam cukai tertentu.

Dalam pada itu, Mhd Jabar ketika ditanya sama ada pengusaha dan pelabur masih tidak memulakan pembinaan di lot yang sudah dibeli ekoran tiada kata putus mengenai insentif yang bakal ditawarkan, beliau berkata, ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers