June 25, 2009

MK Land jalin usaha sama maju projek RM3b di India

MK Land Holdings Bhd, menerusi Milan Gateway Sdn Bhd, syarikat usaha sama yang ditubuhkannya dengan Embassy Group of India dan MKN Embassy Development Sdn Bhd, akan memajukan projek kediaman mampu milik bernilai RM3 bilion di utara Bangalore di India. Pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal, berkata projek di kawasan seluas 120 hektar itu akan membabitkan pembinaan 16,000 unit kediaman dengan keluasan antara 650 kaki persegi hingga 1,200 kaki persegi, serta 560 unit kedai. Beliau berkata, kemudahan yang turut dirancang dimajukan kawasan itu termasuklah rumah kelab, sekolah, klinik, terminal bas, stesen minyak dan kawasan rekreasi.
“Projek ini akan diterajui syarikat Malaysia sepenuhnya. Segala-galanya didatangkan dari Malaysia termasuk bahan binaan. Hanya tenaga buruh dari India,” katanya sambil menambah projek itu dijangka bermula seawal tahun depan. Beliau berkata demikian pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi penubuhan syarikat usaha sama itu antara anak syarikat MK Land Holdings, Ritma Mantap Sdn Bhd, Embassy Group dan MKN Embassy Development di Petaling Jaya, semalam. Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Embassy Group, Jitendra Mohandas Virwani; Ketua Eksekutifnya Gopi Krishnan; Ketua Pegawai Operasi Emkay Group, Peter Teh dan Ketua Pegawai Operasi MK Land Holdings, Fatimah Wahab. Mustapha berkata, MoU itu menyaksikan penubuhan syarikat usaha sama Milan Gateway yang akan mengambilalih projek di Bangalore. Milan Gateway kemudian akan menubuhkan anak syarikat di India yang akan bertanggungjawab melaksanakan pembangunan itu, katanya. MK Land Holdings dan Embassy Group, katanya masing-masing akan menguasai 47.5 peratus dalam Milan Gateway dan baki lima peratus oleh MKN Embassy Development.
MKN Embassy Development adalah syarikat usaha sama antara Emkay Group dan Embassy Group. Beliau berkata, tapak bagi projek itu terletak di utara Bangalore kira-kira 28 kilometer daripada pusat bandar dan hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangalore baru. MK Land Holdings mengunjurkan pulangan sekitar 20 peratus bagi projek itu. Mustapha berkata, dengan termeterainya MoU antara tiga pihak itu, MK Land Holdings kini bersedia mengeksport kepakarannya ke India bagi memanfaatkan permintaan bagi kediaman mampu milik di negara itu. Sementara itu, Jitendra berkata beliau yakin kepakaran MK Land Holdings membangunkan projek itu bakal membuka mata ramai pemaju hartanah di India kerana kaedah dan teknik digunakan menghasilkan produk berkualiti tetapi dengan kos jauh lebih rendah. “Kejayaan projek sulung ini penting bagi membolehkan kami mendapatkan lebih banyak projek lain pada masa depan,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers