June 24, 2009

‘Tiada masalah cari pelabur baru ganti Damac’

KHAZANAH Nasional Bhd, perancang induk wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, berkata, beberapa syarikat menunjukkan minat untuk membangunkan lokasi yang sebelum ini dirancang dibangunkan syarikat dari Dubai, Damac Properties LLC.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata pihaknya tidak berdepan masalah mencari pelabur baru untuk membangunkan kawasan seluas 18 hektar bernilai RM367 juta di Nusajaya, dalam wilayah Iskandar Malaysia itu kerana kedudukannya yang strategik.

“Tapak itu adalah strategik, justeru, tiada masalah mendapatkan pelabur baru. Kami ada pelan B dan C untuk tujuan itu dan beberapa pihak menunjukkan minat untuk melabur,” katanya selepas majlis memeterai perjanjian pelesenan pembangunan taman tema KidZania Kuala Lumpur di Petaling Jaya, semalam.

Beliau mengulas mengenai keputusan Damac Properties (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Damac Properties LLC membatalkan cadangannya membeli tiga bidang tanah komersial yang membentuk sebahagian Puteri Harbour, pembangunan pesisir di Nusajaya.

Azman menafikan dakwaan bahawa kerenah birokrasi dan kelewatan pembangunan infrastruktur di Iskandar Malaysia menjadi punca pembatalan pembelian itu. “Dakwaan itu tidak benar. Ia berlaku bukan disebabkan masalah kesukaran mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan atau infrastruktur. Ia keputusan syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya juga tidak berdepan sebarang masalah dengan pelabur Asia Barat yang melabur di Iskandar Malaysia dan semua aktiviti pelaburan serta pembangunan di kawasan itu berjalan lancar dan mendahului jadual.

“Penamatan cadangan pelaburan Damac adalah isu kecil dan nilai pelaburannya juga adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan pelaburan di wilayah itu. “Banyak lagi pelabur utama lain khususnya dari Asia Barat termasuk Mubadala Development Co, Kuwait Finance House (KFH) dan Saraya Holdings komited melabur di situ,” katanya.

Iskandar Malaysia dalam tempoh dua setengah tahun sejak pelancarannya pada November 2006, sudah menerima komitmen pelaburan berjumlah RM46.3 bilion (AS$13 bilion) iaitu 92 peratus daripada sasaran keseluruhan sebanyak RM47 bilion bagi tempoh lima tahun.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers