PELABUHAN Pulau Pinang semalam mencatat sejarah menjadi pelabuhan pertama di Malaysia menerima pengiktirafan pensijilan pengurusan kualiti menurut keperluan Syariah sebagai persediaan untuk menjadi pelabuhan yang mengendalikan produk halal.
Melalui sijil MS19001:2005 yang dikeluarkan oleh Sirim QAs International kepada Unit Perniagaan Strategik (SBU) perkhidmatan kontenanya, Pelabuhan Pulau Pinang sudah bersedia untuk mengendali dan menguruskan penghantaran serta kemasukan produk halal dari rantau ini.
Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk Ahmad Ibnihajar, berkata perkhidmatan kontena dan gudang di pelabuhan itu sudah pun mematuhi keperluan Syariah untuk mengendalikan produk halal bukan saja untuk keperluan tempatan, malahan dari Selatan Thailand.
“Dengan adanya sijil ini, pengguna pelabuhan akan lebih yakin terhadap perkhidmatan yang disediakan PPSB,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan PPSB, di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
Beliau berkata, sijil itu juga memudahkan PPSB mendapatkan pengeluar produk halal dari Yala, Surat Thani dan Narathiwat untuk menggunakan kemudahan penyimpanan dan pembungkusan yang disediakan di Pelabuhan Pulau Pinang sebelum produk mereka dieksport ke Asia Barat dan Afrika.
“Bagi mengekalkan piawaian sijil itu, PPSB melantik pegawai Syariah untuk memastikan SBU Kontena mematuhi semua keperluan Syariah yang ditetapkan,” katanya.
Ahmad menambah, PPSB juga melancarkan sistem pengurusan piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan OHSAS 18001:2007 dan MS 1722:2005 untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi di kawasan pelabuhan.
Kedua-dua pensijilan Syariah dan piawaian keselamatan itu adalah sebahagian usaha penjenamaan PPSB untuk menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang lebih cekap dan bertahan sebagai pelabuhan yang unggul di rantau ini.
“Keadaan pasaran dunia kini semakin sukar dan persaingannya amat sengit. PPSB perlu menjenama semula imej dan nama syarikat untuk membezakannya dengan pesaing yang lain dan untuk itu kita memerlukan imej serta reputasi yang kukuh, bertenaga dan positif,” katanya.
Katanya, dalam usaha melaksanakan proses penjenamaan semula itu, PPSB antara lain akan mengadakan sesi kesedaran penjenamaan kepada 1,700 kakitangannya, menukarkan warna dan logo syarikat, membetulkan tanggapan masyarakat terhadap perkhidmatan PPSB serta melakukan beberapa pembaharuan fizikal dan struktur pada pelabuhan itu.
Beliau berharap proses penjenamaan itu dapat diselesaikan pada 2012 dan keseluruhan operasi Pelabuhan Pulau Pinang serta kakitangannya akan mempunyai imej baru dan sikap yang lebih dinamik.
June 23, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com