June 23, 2009

MAS tidak sedia laksana pemberhentian pekerja

PENERBANGAN Malaysia (MAS) tidak bercadang untuk melaksanakan langkah pemberhentian pekerja, sebaliknya mengadakan perbincangan dengan kakitangan bagi mengenal pasti pendekatan bersesuaian dalam usaha mengurangkan kos operasi syarikat penerbangan itu.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Munir Majid, berkata proses perbincangan dengan kakitangannya itu yang kini secara keseluruhannya berjumlah 19,000, merangkumi pelbagai segi termasuk pemotongan gaji.

“Pihak pengurusan sedang berbincang dengan kakitangan kumpulan mengenai langkah untuk mengurangkan kos. Bagaimanapun, tiada cadangan untuk mengurangkan pekerja.

“Pemotongan gaji adalah yang antara yang dibincangkan, tetapi kami ketika ini masih mengkaji dengan teliti pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan dan menjimatkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Kelana Jaya semalam. Hadir sama Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Idris Jala. MAS sebelum ini dilaporkan berkata, ia berhasrat melaksanakan langkah tambahan untuk menurunkan kos melebihi sasaran awal iaitu RM700 juta hingga RM1 bilion tahun ini.

Mengenai prospek industri penerbangan, Idris berkata, di sebalik situasi permintaan lemah yang berlaku, jumlah jualan tiket kumpulan itu mulai meningkat selepas melancarkan beberapa siri kempen promosi dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Katanya, pada suku pertama tahun ini, faktor muatan MAS adalah 56 peratus dan pada Mei lalu, ia menyaksikan peningkatan. Beliau berkata, ketidaktentuan ekonomi dan permintaan global yang mencabar akan menyukarkan ia mengatasi rekod jualan tertinggi dalam sejarah syarikat yang dicatat pada tahun lalu yang berjumlah RM15 bilion.

“Antaranya cabaran yang perlu dihadapinya kini termasuk penurunan surcaj bahan api, kesan negatif wabak Influenza A (H1N1) dan kegawatan global yang menjejaskan permintaan,” katanya.

Idris menambah, 2009 adalah tahun paling mencabar bagi industri penerbangan susulan beberapa faktor, termasuk penurunan harga bahan api menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa menurunkan surcaj dan penurunan permintaan penumpang dan kargo susulan kesan krisis ekonomi.

“Bagaimanapun, kebanyakan syarikat termasuk MAS telah melindung nilai pada harga AS$100 setong, justeru, kami masih membayar harga bahan api tinggi berbanding harga pasaran,” katanya.

Sementara itu, Francis berkata, MAS mensasar menganjurkan lebih 70 pameran perjalanan di seluruh dunia hingga 2010 dalam usaha agresif untuk menjana pendapatan kumpulan itu. Katanya, aktiviti promosi jualan meliputi rantau Asean, Asia Selatan, Asia Utara, Australia, Asia Barat, negara benua Amerika serta Afrika Selatan.

“Ia adalah sasaran kempen yang selari dengan segmen pengguna yang berbeza dan tabiat membeli,” katanya pada pelancaran Pameran Perjalanan Malaysia Airlines (MATF) dan Kempen Tambang Rendah Global.

Antara tawaran yang lebih menarik pada MATF ialah pelanggan boleh melakukan perjalanan serta-merta memandangkan tempoh perjalanan ialah dari 29 Jun hingga 15 Disember 2009. Tambang sehala bagi MATF, yang bermula hari ini dan berakhir pada 5 Julai, adalah serendah RM118 ke Singapura, RM198 ke negara Asean, RM428 ke Asia Selatan, RM488 ke Australia dan RM898 ke Eropah. MAS juga menawarkan harga menarik untuk perjalanan di Asean, Asia Selatan, Asia Utara, Australia, Timur Tengah, negara di Amerika, selama lima hari mulai semalam hingga Jumaat ini. Tiket percuma akan diberikan kepada setiap pelanggan ke-500 yang menempah tiket secara dalam talian menerusi laman web malaysiaairlines.com

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers