June 23, 2009

Takaful Malaysia buka kaunter di Tabung Haji

SYARIKAT Takaful Malaysia Bhd membuka kaunter operasi di 11 cawangan Lembaga Tabung Haji bagi menyediakan khidmat tambahan berkaitan perlindungan dan pelaburan takaful kepada orang ramai yang datang berurusan di Tabung Haji.

Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Kami, berkata kaunter khidmat myDesk berfungsi sebagai pusat sehenti bagi membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perlindungan dan pelaburan takaful yang ditawarkan oleh syarikat.

Katanya, kaunter berkenaan akan berfungsi sebagai pusat sehenti kepada pelanggan Tabung Haji yang mana mereka boleh menjalankan urusan berkaitan Tabung Haji dan pada masa sama mendapatkan perkhidmatan Takaful Malaysia.

“Kami juga berharap untuk meningkat dan menggalakkan penyertaan pelanggan baru bagi produk perlindungan dan pelaburan yang ditawarkan menerusi perkhidmatan baru ini,” katanya yang mensasarkan untuk mengutip RM1 juta dalam tahun pertama pengenalan myDesk.

Beliau berkata demikian pada pelancaran myDesk dan memeterai perjanjian dengan Tabung Haji di Kuala Lumpur, semalam. Tabung Haji diwakili Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Ismee Ismail, dan Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Kamarudin Mat Ali.
Mohamed Hassan berkata, kaunter berkenaan turut menerima bayaran bulanan bagi produk keluarga yang ditawarkan Takaful Malaysia.

Kaunter pertama telah dibuka di ibu pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak, diikuti cawangan di Butterworth, Pulau Pinang pada awal Ogos ini, sebelum semua cawangan yang dirancang. Antara cawangan yang dikenal pasti adalah Pasir Putih (Kelantan), Bagan Serai (Perak), Kuala Pilah (Negeri Sembilan), Kota Tinggi (Johor) dan Bentong (Pahang).

Mohamed Hassan berkata, perkhidmatan myDesk akan dikendalikan oleh kakitangan pemasaran Takaful Malaysia yang terlatih dan berpengalaman.

Katanya, tahun ini syarikat akan melaksanakan program penjenamaan semula sempena ulang tahunnya yang ke-25 tahun yang akan disambut November ini, dengan pelbagai program telah diatur.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers