SHAH ALAM 28 Jun - Lima tahun lalu, industri perkapalan di seluruh dunia tanpa berasa was-was membuat pelaburan besar ekoran peningkatan permintaan perdagangan yang luar biasa.
Tetapi hari ini, industri tersebut seolah-olah dilanda 'tsunami' kerana pelaburan besarnya itu telah memakan diri sendiri. Industri perkapalan kini memiliki lebihan kapasiti berbanding permintaan yang ada.
Krisis ekonomi yang semakin meruncing mengakibatkan kira-kira 533 buah kapal tersadai di seluruh dunia.
Jumlah kapal itu mewakili keupayaan muatan 1.3 juta TEU (bersamaan unit dua puluh kaki) atau lebihan kapasiti sebanyak 10 peratus.
Itu senario industri perkapalan global. Di Malaysia, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Perkapalan Malaysia (SAM) yang dianggotai oleh 25 pemain utama yang majoritinya syarikat antarabangsa, menjangkakan hanya mampu meneruskan kelangsungan operasi antara 12 hingga 18 bulan sahaja.
Sekiranya masalah semakin meruncing, tidak mustahil industri perkapalan di negara ini terpaksa bergabung atau melaksanakan rasionalisasi sementara menunggu ekonomi kembali ke landasan sebenar.
Pengerusinya, Ooi Lean Hin berkata, berdasarkan situasi semasa, volum perdagangan dijangka menjunam 20 peratus tahun ini, lebih teruk berbanding 2008, seiring dengan petunjuk kejatuhan sektor pembuatan sebanyak 26 peratus.
''Sektor perkapalan kini dalam keadaan yang 'tenat'. Industri ini sangat-sangat terjejas sejak September tahun lalu kerana mengalami masalah lebihan kapasiti berbanding permintaan.
''Kalau industri pembuatan dikatakan terjejas teruk, jadi bayangkanlah nasib kami yang merupakan penggerak utama dalam sektor perdagangan,'' katanya.
Industri perkapalan di Malaysia kini menawarkan kapasiti sebanyak 2.7 juta TEU.
Lebih memeritkan, industri itu langsung tidak menerima bantuan secara terus daripada pelan rangsangan ekonomi dan terpaksa mengharap 'kuasa luar biasa' berlaku dalam sektor pembuatan dan perdagangan agar dapat merangsang semula industri perkapalan.
Ekoran itu, katanya, SAM telah membuat rayuan kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) supaya mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh peserta industri tersebut sehingga sektor berkenaan pulih dalam tempoh dua tahun lagi.
Rayuan itu dipercayai membabitkan pengurangan tarif dan kos-kos lain memandangkan industri perkapalan kini sedang beroperasi di bawah kos sebenar.
Jika tidak, kemungkinan besar ada syarikat perkapalan yang terpaksa 'gulung tikar'.
Tambah beliau, walaupun perdagangan serantau masih beroperasi namun ia tidak sama dengan volum perdagangan besar di Barat dan Timur.
Mengulas lanjut, Lean Hin menyifatkan krisis global yang berpunca dari Amerika Syarikat adalah paling buruk berbanding krisis ekonomi Asia 1997/98.
Ini kerana, ketika krisis kewangan Asia, industri tersebut masih 'berdiri tegap'.
Ditanya sama ada industri perkapalan tempatan menyesal kerana turut membuat pelaburan besar pada 2004, beliau berkata: ''Siapa yang menyangka krisis akan berlaku kerana tidak ada sesiapa yang boleh menjangkakan permintaan perdagangan akan menjunam seburuk sekarang''.
Berdasarkan pengajaran yang diperoleh daripada krisis semasa, beliau tidak menolak bahawa industri perkapalan perlu berhati-hati untuk membuat pelaburan pada masa depan supaya tidak mengulangi kesilapan lampau.
''Industri perlu lebih konservatif dalam soal pelaburan pada masa akan datang, yang penting perlu bersederhana,'' jelasnya.
June 29, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com