June 30, 2009

Handal Resources ke Papan Kedua menerusi Jejak Maju

KIRA-kira 10 syarikat Bumiputera kini dalam proses untuk disenaraikan di Bursa Malaysia hasil daripada program Jejak Maju yang dilaksanakan oleh kerajaan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata Jejak Maju adalah program yang diwujudkan Kementerian kewangan sejak beberapa tahun lalu bagi menyediakan bantuan akhir kepada syarikat Bumiputera yang berhasrat menyenaraikan saham masing-masing di Bursa Malaysia.

Katanya, idea mewujudkan program itu dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, bertujuan membantu syarikat Bumiputera berpotensi dan berdaya saing serta benar-benar sudah membuktikan keupayaan mereka untuk disenaraikan.

“Handal Resources Bhd adalah syarikat pertama yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah program ini, dan kira-kira 10 syarikat lagi disasarkan disenaraikan tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Handal Resources Bhd di Kuala Lumpur, semalam. Handal yang dijadualkan disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia pada 30 Julai ini terbabit dalam penyediaan pembuatan serta penyediaan perkhidmatan bersepadu kren bagi industri minyak dan gas.

Ia adalah sebuah daripada dua syarikat negara ini memiliki lesen Institut Petroleum Amerika (API) bagi mengeluarkan kren berkaki di luar pesisir. Awang Adek berkata, untuk menyertai program Jejak Maju, sesebuah syarikat Bumiputera itu perlu membuktikan keupayaan serta potensi mereka bagi memastikan hanya syarikat yang benar-benar layak saja terpilih menyertainya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan mempunyai sekretariat yang ditubuhkan khusus bagi memproses permohonan syarikat Bumiputera yang ingin mendapatkan bantuan melaksanakan penyenaraian di bawah program berkenaan. Kementerian Kewangan juga, katanya mendapat bantuan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang mengemukakan senarai syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan.

“Program ini diharap dapat membantu syarikat Bumiputera untuk berkembang dan menambah jumlah syarikat bermutu yang disenaraikan di Bursa Malaysia,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers