June 25, 2009

Heitech Padu unjur pendapatan eksport naik

HEITECH Padu Bhd mengunjurkan sumbangan pendapatan eksportnya akan berkembang kepada 10 peratus dalam tempoh dua tahun ini daripada lima peratus sekarang, kata Ketua Eksekutifnya, Abdul Halim Md Lassim.

“Kami terbabit dalam projek kerajaan sejak 10 tahun lalu. Melalui pengalaman itulah, kami mengambil idea dari negara maju yang lain,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, syarikat akan mengkomersialkan kepakaran serta pengalaman diperoleh untuk sektor awam dan swasta menerusi penyelesaian kerajaan elektronik dan pembinaan pusat dan operasi data.

Beliau berkata, syarikat amat berminat meninjau peluang di Asia Tenggara dan Asia Barat. Abdul Halim berkata, syarikat kini mempunyai operasi di Sri Lanka dan Indonesia yang menyediakan kemudahan pemulihan bencana serta membekalkan pasport dan kad pengenalan diri.

Anak syarikat HeiTech Managed Services Sdn Bhd, itu memeterai perjanjian rakan perniagaan dengan agensi berita Indonesia, LKBN Antara, untuk mengembangkan perniagaan pusat datanya.

“Ia masih meninjau peluang di Vietnam,” katanya. HeiTech Padu terbabit dalam peruntukan integrasi sistem, perkhidmatan berkaitan rangkaian, pengurusan pusat data, pemulihan bencana dan perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, pendapatannya meningkat lapan peratus kepada RM459 juta daripada RM424 juta dalam tempoh sama 2007. Abdul Halim menambah, sektor awam ialah penyumbang terbesar kepada pendapatan, menjana 69 peratus daripada jumlah pendapatan sementara sektor swasta menyumbang 31 peratus.

Katanya, syarikat menjangka sektor awam Malaysia akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan pendapatan tahun ini, terutama dengan kerajaan berterusan meningkatkan sistem penyampaiannya.

Katanya, tahun ini, HeiTech akan menumpukan usaha mengukuhkan kecekapan perundingan menerusi pengkhususan dalam segmen pasaran utama, mengembangkan produk dan perkhidmatan, membina asas perniagaan antarabangsa dan membolehkan transformasi perniagaan. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers